“Saya Tak Terkata, Akan Cuba Sehabis Baik” Tahniah..Hawa Rizwana Diumum Pengacara Tetap MeleTOP!

Teka-teki mengenai pengacara tetap program MeleTOP akhirnya terjawab apabila Hawa Rizwana diumumkan akan menggalas tanggungjawab tersebut.

Pemilihan Hawa itu diumumkan secara rasmi menerusi program MeleTOP yang bersiaran secara langsung sebentar tadi.

 

Dalam pengumuman terbabit, Nabil tampil bersama-sama empat penari lelaki yang meneka satu persatu antara tiga tirai yang diletakkan di pentas.

Tirai terakhir menyaksikan pembaca berita dan pengacara Hawa Rizwana yang berpakaian serba biru diperkenalkan sebagai pengacara tetap MeleTOP.

Kemunculan Hawa juga disambut baik dan penuh sorakan penonton yang gembira dengan pengumuman itu.

“Sebenarnya tak terkata. Alhamdulillah sebenarnya ini satu mimpi yang tak pernah dijangka. Terima kasih sudi terima saya, insya-Allah saya akan cuba yang terbaik!” kata Hawa.

Dalam pada itu, Nabil juga mengumumkan MeleTOP bakal mengadakan Konsert 10Q MeleTOP pada minggu hadapan bersempena dengan ulang tahun program berkenaan.

Terdahulu, program ini tidak mempunyai pengacara tetap untuk bergandingan dengan Nabil Ahmad selepas Neelofa mengambil keputusan untuk mengundurkan diri pada Disember 2019.

Neelofa telah digandingkan dengan Nabil untuk mengemudikan MeleTOP sejak tahun 2012.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

Sumber:Gempak via  https://www.tehtarikkaw.com/

Be the first to comment on "“Saya Tak Terkata, Akan Cuba Sehabis Baik” Tahniah..Hawa Rizwana Diumum Pengacara Tetap MeleTOP!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*