Menunjuk Duit RM2 Juta Dalam Bonet, Usahawan Tayang Duit Dalam Lamborghini Ditegur Netizen

 

Seorang usahawan kosmetik teruk menerima kecaman netizen selepas memuat naik video menunjukkan duit serta kereta mewah yang dimilikinya. Malah kebanyakan netizen turut menegur tindakan usahawan itu yang boleh membahayakan dirinya sendiri apabila menunjuk kemewahan yang ada.

Menerusi video yang dimuat naik itu, usahawan dikenali sebagai Cikna itu menunjukkan kereta mewah, Lamborghini yang dimilikinya ini. Menurutnya, dia berasa tidak berbaloi membeli kereta tersebut kerana tidak dapat memuatkan duit yang ingin dibawanya.

Usahawan itu kemudiannya membuka bahagian bonet kereta dan menunjukkan duit bernilai RM2 juta yang disimpannya di situ. Tambahnya, bonet kereta itu hanya dapat muat duit sebanyak RM2 juta sahaja dan dia berasa menyesal membeli kereta mewah tersebut.

“Tak berbaloi sebab dalam bonet muat RM2 juta je! So tak berbaloi beli kereta ni, bonet dia kecil. Boleh letak duit sikit je.”.

@farhanazahra91 Hmmm xberbaloi betul , tengok la tu muat 2 juta je duit yg ayunieso bagi , nanti lagi 8 juta yg dia kena bayar cikna nak letak mana 😭😭😭 #lamborghini #bodyguard #cikna ♬ original sound – Farhana Zahra

Video yang dimuat naiknya itu kemudian menerima kecaman dari netizen yang mempersoalkan motif usahawan itu berkongsikan hantaran tersebut. Ada juga yang meluahkan rasa kurang senang melihat usahawan itu seolah-olah sengaja menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada untuk tatapan di media sosial.

Meninjau di ruangan komen, ada yang turut menasihati dan menegur usahawan itu supaya lebih merendah diri dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Malah ramai yang mengecam tindakannya menunjuk kekayaan yang ada kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya sendiri.

“Dato Aliff Syukri pun tak begitu.”

usahawan

“Selaku ex banker yang dalam bonet tu tak sampai 2 juta.”

duit

“Tak kena lagi takpelah, hati-hati kak mata ada kat mana-mana.”

komen

“Bak kata orang jangan suka menunjuk sebab rezeki boleh tarik bila-bila masa je…”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "Menunjuk Duit RM2 Juta Dalam Bonet, Usahawan Tayang Duit Dalam Lamborghini Ditegur Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*