Neelofa ‘Diserbu’ Pekerja Restoran, Ramai Puji Caranya Layan Peminat

 

Pengacara, pelakon dan usahawan terkenal bernama Neelofa ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang yang bijak membawa diri di dalam industri hiburan tanah air, namanya sehingga kini masih dikenali ramai.

Biarpun kini Neelofa sudah pun berhijrah dengan berniqab, namun peminatnya tidak berkurang malah makin bertambah. Apatah lagi apabila dia kini bergelar seorang ibu kepada anaknya, Bilal.

Terbaharu Neelofa memuat naik satu rakaman menerusi akaun TikTok miliknya dan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi rakaman tersebut dipaparkan beberapa pekerja restoran mendekati kenderaan dinaiki Neelofa bersama suaminya.

Berikut adalah rakaman Neelofa ‘diserbu’ pekerja restoran yang telah dimuat naik menerusi akaun media sosial miliknya itu:

@neelofa

 

♬ original sound – neelofa

Dalam rakaman pendek berdurasi 10 saat itu kelihatan beberapa pekerja restoran pandu lalu menghampiri kenderaan dinaiki Neelofa sambil menghantar makanan yang dipesan. Sempat juga pekerja tersebut minta untuk bergambar bersama pasangan selebriti ini.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah cara Neelofa melayan peminatnya dengan cukup mesra sekali. Perkongsian rakaman kenderaan Neelofa diserbu pekerja restoran ini telah meraih hampir sejuta tontonan biarpun tidak sampai beberapa jam dimuat naik.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara layanan Neelofa kepada pekerja restoran terbabit. Berikut antara yang ditulis di ruangan tersebut:

“Senyum sorang aku tengok ni layan peminat”

Screenshot at Nov 03 19-31-58

“Cute ja depa, bestnya dapat jumpa Neelofa”

Screenshot at Nov 03 19-31-33

“Baik Lofa tak sombong”

Screenshot at Nov 03 19-31-03

“Comelnya rajin melayan”

Screenshot at Nov 03 19-30-39

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment on "Neelofa ‘Diserbu’ Pekerja Restoran, Ramai Puji Caranya Layan Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*