Banyak dapat ‘gift’ di TikTok, influencer Aleeya Zailan panjangkan sedekah pengikut kepada golongan memerlukan

KELETAH bersahaja pasangan pempengaruh media sosial dan usahawan Aleeya Zailan dan suami, Azri Aziz sering mencuri perhatian pengikut mereka terutamanya ketika mereka membuat sesi siaran langsung ketika memasak bersama.

Tidak menyangka perkara tersebut menarik pengikut di laman sosial, ada dalam kalangan pengikut turut memberikan hadiah ketika mereka membuat sesi siarang langsung di TikTok.

Namun apa yang ramai tidak tahu, pasangan berkenaan menukar wang terkumpul menerusi hadiah berkenaan digunakan ke arah buat pasangan ini.

“Alhamdulillah ramai menyokong malah kadang-kadang saya sendiri terdiam dan terharu dengan sokongan diberikan.

WhatsApp Image 2022-11-03 at 9.22.43 AM

Aleeya dan Big Boss rajin buat video masak di laman sosial.

“Mereka tidak lokek memberikan hadiah kepada saya setiap kali live dan hadiah diberikan mewakili nilai ringgit tertentu,” katanya.

Lantaran itu, Aleeya dan suami sepakat menggunakan pemberian itu untuk disumbangkan ke saluran yang sesuai.

Bagi usahawan berkenaan, usaha itu juga dapat memanjangkan pahal buat pengikutnya dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Alhamdulillah saya diberikan rezeki yang murah, jadi hadiah itu saya kongsikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sama, saya panjangkan sedekah pengikut saya kepada pihak tertentu.

“Bagi saya, apabila menderma atau membantu mereka yang memerlukan itulah antara kepuasan saya dan suami dapat rasakan,” ujarnya yang memfokuskan bantuan kepada kanak-kanak dan golongan asnaf.

WhatsApp Image 2022-11-03 at 9.22.46 AM

Hadiah yang diterima disumbangkan kembali kepada golongan memerlukan.

Bukan hanya kutipan hadiah berkenaan, Aleeya dan Azri atau lebih mesra dengan sapaan Big Boss turut menambah sumbangan dengan wang peribadi mereka sendiri.

Tidak hanya itu, baru-baru ini pemilik perniagaan jenama Avenys ini turut mencuri perhatiah apabila masak sendiri hidangan untuk disumbangkan kepada masjid.

Pasangan ini memasak sendiri 340 kilogram sambal sotong bersempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "Banyak dapat ‘gift’ di TikTok, influencer Aleeya Zailan panjangkan sedekah pengikut kepada golongan memerlukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*