Siti Nurhaliza tampil akui vokal nyanyiannya terganggu semasa di konsert amal, Rupanya ini sebab vokal Tokti terganggu

 

Antara penyanyi kesayangan ramai wanita ini. Konsert amal Datuk Seri Siti Nurhaliza dapat sambutan memberangsangkan. Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kualiti vokal nyanyiannya sedikit terganggu selepas dijangkiti Cvd19 kira-kira tiga bulan lalu. Gara-gara jangkitan itu, Siti berkata dia mengalami masalah nafas pendek ketika menyanyi, sedikit sebanyak turut memberi kesan semasa konsert Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Sabtu.

Cvd19 memang beri kesan sebab penafasan saya jadi pendek. Sebagai penyanyi, sudah tentu suara adalah aset penting. Ada kalanya menyukarkan saya mencapai nada tinggi bagi sesebuah lagu,” katanya kepada mStar.

Datuk Siti Nurhaliza kini aktif dalam sukan Muay Thai.

Bagi mengembalikan semula stamina seperti dahulu, Siti berkata dia kini bergiat aktif dalam sukan Muay Thai. Bukan itu sahaja, dia juga mula menjaga pemakanan dan mengutamakan latihan senaman melibatkan stamina di dada seperti aktiviti berenang. “Sekarang ini, saya banyak aktif dengan sukan Muay Thai sebab nak kembalikan stamina dan dapat rasakan banyak perubahan selepas mengikuti kelas tersebut.

Luahnya lagi “Saya berusaha nak dapatkan semula kualiti suara terutamanya melibatkan nada-nada tinggi,” ujarnya. Dalam Konsert Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti menyampaikan 17 buah lagu popularnya nyanyiannya termasuk lagu duet Baldu Biru bersama penyanyi terkenal, Awie . Konsert amal itu berlangsung penuh meriah di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Datuk Siti Nurhaliza berduet bersama Awie.

Terangnya lagi, “Saya sangat bersyukur dengan latihan rapi dan yakin mampu buat lebih baik hari terakhir konsert malam ini. “Konsert ini adalah persembahan eksklusif bagi mengutip dana untuk Yayasan Nur Jiwa dan penganjuran kali ini sangat istimewa sebab mendapat respons sangat baik daripada orang ramai. Jualan tiket juga sangat memberangsangkan bagi kedua-dua malam,” ujarnya. Sumber, mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber:https://apampink.net/

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza tampil akui vokal nyanyiannya terganggu semasa di konsert amal, Rupanya ini sebab vokal Tokti terganggu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*