Jika anda peminat program hiburan Trek Selebriti, segmen prank seringkali menjadi tumpuan netizen dan pasti sahaja ada gelagat lucu daripada para selebriti untuk melakukan prank.
Kali ini pula dapat dilihat satu rakaman video pendek dikongsikan menampilkan pelakon dan pengacara terkenal Neelofa bersama hos program tersebut, Alif Farhan.
Menerusi video, Neelofa melakukan prank terhadap adiknya iaitu Ameera Khan dan pengacara MeleTOP itu perlu menyakat adiknya.
Ameera atau turut dikenali sebagai Little Miss Khan merupakan adik kepada selebriti ini yang sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan.
Bagaimanapun, suara lembut adik beradik ini menarik perhatian netizen dan membuatkan pengguna media sosial turut suka dan memuji mereka.
Meskipun hanya sekadar video pendek, adik beradik selebriti ini mendapat perhatian peminat mereka. Namun begitu, program ini dapat ditonton setiap hari Jumaat di Astro Ria pada jam 9.30 malam.
Comel… manja giler adik dia
Lembutnya cakap. Suke dengar
Comey je dua beradik ni
Sumber: Official Hlive, Alif Farhan via HCL
Be the first to comment on "“Comel… manja giler…”- Neelofa ‘prank’ Ameera tapi suara lembut dua beradik ini jadi perhatian"