‘Pad’ Atas Piring Astro, Perut Ikan Busuk Dibuang Dari Atas, Mana Pergi Adab Berjiran Segelintir Orang Kita?

Adab hidup berjiranan mesti saling menghormati antara satu sama lain. Terutamanya kejiranan di pangsapuri atau rumah teres berkembar. Secara kasarnya, kita berkongsi bumbung dan dinding yang sama.

Tak salah kalau kita saling menjaga kawasan kediaman agar tampak lebih bersi, barulah penduduk kekal sihat dan tidak menyakiti sesiapa.

Seperti perkongsian daripada wanita ini tentang sikap negatif sesetengah penduduk kejiranan yang tidak menjaga kebersihan dan mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain. Perkongsian ini untuk sedarkan masyarakat tentang pentingnya hidup berjiran.

Bila kita tinggal di kawasan yang dikelilingi jiran tetangga, ketahuilah bahawasanya kita dituntut untuk beradab terhadap jiran kita. Wujudkan suasana kemesraan melalui aktiviti kenal-mengenali dan hormat-menghormati sesama sendiri serta bertolenransi.

Beradablah dalam hidup berjiran.

Sentiasa wujudkan suasana aman damai dan ambil berat bukan “bizibody”…

Sentiasa wujudkan suasana aman damai dan ambil berat bukan “bizibody”. Jangan lakukan perkara yang menyakitkan hati jiran, mengotorkan kawasan kejiranan dan mengambil tahu hal peribadi jiran.

Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.

Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk Syaiton sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna Twitter juga berkongsi rasa kesal dengan segelintir masyarakat yang ‘pengotor’ dan tidak mampu untuk berubah.

 

Sumber: Twitter

 

Be the first to comment on "‘Pad’ Atas Piring Astro, Perut Ikan Busuk Dibuang Dari Atas, Mana Pergi Adab Berjiran Segelintir Orang Kita?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*