“Doakan Saya Supaya Berhijab, Bukan Buat Macam Ni..” – Emma Maembong

Baru menyambut ulangtahun kelahiran ke 27 tahun, Emma Maembong meminta agar peminat tidak berterusan mengec4mnya kerana tidak berhijab, sebaliknya memberikan kata-kata positif untuknya berubah suatu hari nanti.

“Saya tahu, di luar sana ramai yang mahu saya mengikut kehendak mereka supaya berubah dan kembali bertudung. Saya berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you @smsleepwear sbb kasi emma and my team baju tido yg cantik ni ❤️ my 📸 @budak.tadika my makeup dari @measukri #emmaturns27 #emanizers #emmamaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

“Namun, jangan pula saya dikec4m apabila masih belum dapat memenuhi harapan dan permintaan mereka. Saya tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Saya sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik”

Berkesempatan menjejakkan kaki ke Mekah baru-baru ini, ramai mengharapkan Emma kembali istiqamah dan berhijab. Bagaimanapun Emma memberitahu, buat masa ini beliau masih belum berupaya menunaikan permintaan peminatnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Don’t trust everything you see. Even salt looks like sugar 🌸

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

“Usahlah mengec4m, sebaliknya berikan sokongan dan sebarkan aura positif. Selepas empat tahun, perancangan saya Makkah dipermudahkan. Biarpun ada yang meragui niat saya namun saya tetapkan juga hati ke sana,” jelasnya. (rtky/w)

Tunai Umrah, Netizen Doa Emma Maembong Kembali Berhijab

Bulan lalu, nama Emma Maembong menjadi bualan hangat dan dikecam hebat oleh netizen susulan tindakannya yang membuka tudung selepas lima tahun berhijab. Bagaimanapun tidak lama kemudian nama Emma senyap sahaja dan mungkin kemarahan netizen sudah mulai reda.

Terbaru, difahamkan Emma kini berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya. Menerusi Insta Story, Emma berkongsikan video di Masjid Nabawi dan turut memuat naik gambar bapanya.

Seperti sudah dijangka, foto tersebut dihujani dengan komen negatif oleh netizen. Tidak kurang juga ada yang melemparkan komen biadap dan berbaur sindiran.

Meskipun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen masih berharap agar pelakon itu dibukakan hati untuk kembali berhijab seperti dahulu. Malah ramai yang mendoakan agar dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nyawa

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Ada saja serba tak kena di mata netizen. Lebih baik jika kita doakan yang baik-baik saja untuk Emma. Kami mendoakan semoga segala urusan Emma sekeluarga dipermudahkan dan selamat kembali ke tanah air.

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "“Doakan Saya Supaya Berhijab, Bukan Buat Macam Ni..” – Emma Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*