5 Perkara Yang Ibu Kena Tahu Tentang B4haya Makan Kentang Yang Dah Bertunas.

Ramai antara kita biasa borong 1 beg kentang. Yelah, nak senang kan. Tak payah nak ulang-alik pergi kedai selalu.

Tapi ada masanya kalau terbeli banyak sangat, kita lupa nak masak kentang tu dan ia pun terbiar lama-lama sampai ada yang bertunas dan bertukar sedikit hijau pada kulitnya.

1. Selamatkah Kentang Yang Bertunas Untuk Dimakan?

Kentang yang telah bertukar kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas, selamat atau tidak untuk dimakan?

Menurut Bahagian Kesihatan Kualiti Makanan, adalah dinasihatkan lebih baik untuk anda tidak memakan kentang seperti ini.

Tapi, kenapa perlu buang?

2. Bah4ya T0ksik Pada Kentang Bertunas & Berkulit Hijau

Kulit kentang yang berwarna hijau dan tunas mengandungi kepekatan t0ksin yang paling tinggi.

Manakala isi ubi kentang mengandungi t0ksin yang paling rendah.

Jadi, memakan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisik0 kepada t0ksik solan1ne dan chac0nine.

3. Simpt0m Ker4cunan /  Kesan Memakan Kentang Bertunas & Ber4cun

Kentang yang tercem4r dengan t0ksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan simptom ker4cunan makanan seperti

  • cirit-b1rit
  • munt4h
  • sak1t pada bahagian abdomen

Sesetengah orang mungkin boleh mengalami sakit kep4la, dem4m dan kekeliruan.

Tanda-tanda ini biasanya dapat dirasai dalam tempoh beberapa jam selepas memakannya.

Foto Kredit: Center For Food Safety

4. Kalau Ada Tunas Sikit Je, Takkan Tak Boleh Makan Jugak?

Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan t0ksin ini.

Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan t0ksin ini dalam kentang.

Kalau ada sedikit saja tunas pada kentang, bolehlah dibuang bahagian tunas itu dan dimasak seperti biasa.

5. Bolehkah Simpan Kentang Dalam Peti Sejuk Supaya Tahan Lama?

Kentang tidak digalakkan untuk disimpan di dalam peti sejuk.

Ini kerana kandungan kanji yang terkandung di dalamnya akan bertukar kepada gula akibat proses penyejukan. Ia boleh menyebabkan rasa kentang bertukar manis apabila dimasak.

Kadar t0ksik dalam ubi kentang juga boleh bertambah dengan suhu simpanan yang terlalu rendah selain disebabkan oleh keceder4an pada kentang, serta pended4han kepada cahaya yang terlampau terang.

Tips Membeli Kentang

Jadi sebelum membeli, pilihlah kentang yang

  • berpermukaan licin,
  • tidak berwarna hijau dan
  • tidak mempunyai tunas.

Pastikan anda membeli kuantiti sekadar yang diperlukan supaya ia tidak tersimpan terlalu lama sehingga bertunas.

Untuk tips simpanan pula, pastikan kentang disimpan

  • di tempat yang mempunyai pengudaraan elok,
  • pada suhu bilik dan
  • jauh daripada sumber cahaya seperti berdekatan tingkap.

 

Sumber: Siraplimau


Be the first to comment on "5 Perkara Yang Ibu Kena Tahu Tentang B4haya Makan Kentang Yang Dah Bertunas."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*