Penangan Fesyen Permaisuri Agong, Pelanggan Bersusun Order Baju!

SIAPA sahaja yang tidak tertarik dan terpegun melihat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah?

Daripada gelagat dan aksi bersahaja baginda ketika bersama rakyat, sehinggalah kepada busana yang digayakan, semuanya menjadi perhatian umum.

Terbaharu, fesyen baju kurung yang digayakan baginda bersama selendang labuh pula menjadi ikutan ramai.

Dek kerana ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk kelihatan manis dan sopan seperti Tunku Azizah, fesyen tersebut menjadi pilihan para pereka dan tukang jahit untuk dikomersialkan.

Seorang peniaga online, Nur Farisha Irwayu tidak terkecuali mendapat tempias daripada fesyen popular yang diinspirasikan Tunku Azizah itu.

Menurut gadis berusia 23 tahun ini, sejak menjual baju kurung yang diberi nama ‘Kurung Queen’ bulan lalu, hasil yang diperolehinya sangat lumayan kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Antara warna Baju Kurung Queen yang sering menjadi pilihan pelanggan. 

“Saya menjadi ejen untuk menjual kurung ini daripada supplier asalnya di Perak. Sebelum ini rekaan yang sama sudah dijual ketika raya, namun sekarang ini ia datang bersama ‘cape’ dalam satu set.

“Memang permintaan sangat tinggi sebab ramai yang ingin kelihatan anggun dan sopan seperti permaisuri kita.

“Sejak sebulan lalu, saya terpaksa lebihkan kuantiti sebab ramai sangat yang tanya. Tambahan pula sekarang ini musim konvokesyen, maka ramai yang order. Telefon saya ni tak henti-henti WhatsApp masuk,” katanya.

Pengasas jenama pakaian dalam talian ini berkata, kerana sambutan yang menggalakkan, dia perlu mengepos kira-kira 200 bungkusan rekaan baju ‘Kurung Queen’ setiap hari.

Nur Farisha tidak menang tangan menerima pesanan ‘Kurung Queen’.

Tambahnya, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada wanita berusia 24 tahun hingga 34 tahun.

Namun lebih tidak disangka-sangka, ada juga pelanggan lelaki yang mahu membeli baju Kurung Queen daripadanya. Kurung Queen ini jadi pilihan sebab ada beberapa keistimewaan. Pertama, material yang digunakan sangat selesa dan tidak panas. Keduanya, sebab fesyen ini membuatkan pemakainya kelihatan manis dan sopan.

“Ada seorang gadis ni, dia komen ‘lawanya’ dekat tweet yang saya post pasal baju Kurung Queen. Kemudian tunangnya tahu, dan tunangnya WhatsApp saya untuk beli buat bakal isteri dia. Tapi si gadis tak tahu, sebab lelaki ni nak surprisekan tunang dia.

“Ada lagi seorang pelanggan lelaki ni dia belikan untuk kakak dan mak dia. Saya pun tak sangka ada laki WhatsApp saya. Sebab selalunya dapat customer perempuan sebab saya jual baju perempuan,” katanya.

Tambah Nur Farisha, penangan baju kurung Queen ini begitu hebat sehingga dia tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang tidak mahu ketinggalan untuk bergaya dengan fesyen tersebut.

Antara mesej pelanggan yang mahu membeli Kurung Queen daripada Nur Farisha.

“Sampai ada yang minta nombor akaun terus nak bayar tapi saiz dengan warna tak tahu nak pilih yang mana sebab cantik. Tapi nak bayar dulu.

“Memang setiap hari ramai yang WhatsApp saya sampai saya tanya berkali kali kat supplier sama ada stock banyak lagi ke tak sebab takut hampakan customer tu bila stock dah habis,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Kurung Queen yang dijualnya itu mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga mendapat sambutan luar jangka.

“Kurung Queen ini jadi pilihan sebab ada beberapa keistimewaan. Pertama, material yang digunakan sangat selesa dan tidak panas. Keduanya, sebab fesyen ini membuatkan pemakainya kelihatan manis dan sopan.

“Selain itu, Kurung Queen ini ada 13 pilihan warna dan setiap rekaan datang dengan pelbagai saiz bermula saiz 36 hingga 56,” akhirinya. 

 

Sumber: mstar


Be the first to comment on "Penangan Fesyen Permaisuri Agong, Pelanggan Bersusun Order Baju!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*