Hebatnya Kamu! Remaja Kajang Berusia 18 Tahun Ini Terima Kontrak Jadi Pemain Kelab Bola Sepak Di Eropah!

Seorang remaja berusia 18 tahun menjadi antara pemain boleh sepak bertuah apabila mendapatkan kontrak untuk bermain bola sepak di Eropah, lapor Astro Awani.

Menurut Muhammad Diniz Irwan berasal dari Kajang, Selangor, dengan berbekalkan pengalaman berlatih di Cardiff City di England dan juga sebulan di Valencia, Sepanyol, dia sudah pun bersedia untuk berkelana di Jerman.

“Saya rasa saya sudah bersedia untuk mengharungi cabaran seterusnya, dan saya rasa untuk berjaya  semestinya kita perlu ambil risiko dan ibu bapa menyokong saya punya keputusan.

“Dekat Jerman, pemain remaja yang mahu bermain di sana perlu melalui proses pembelajaran di sana, saya tidak akan bermain bola sahaja di sana tetapi akan belajar sekali” katanya.

Diniz yang pernah memenangi pertandingan bakat bola sepak Million Dollar Feet pada 2017 akan melanjutkan pelajarannya di European School, sebuah institusi pendidikan swasta antarabangsa.

Menurut Diniz, segala perbelanjaan pendidikannya akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab tersebut.

“Kali ini, kami menjalani beberapa sesi latihan ringkas bola sepak anjuran Adidas Malaysia, yang dikendalikan penolong jurulatih Harimau Malaya, Aminuddin Hussin.

“Latihan tersebut diadakan untuk menguji keberkesanan but bola sepak terbaharu Adidas, Nemeziz 19, 302 REDIRECT Pack bersama pemain-pemain profesional, media dan juga selebriti di Arena Universiti Malaya,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment on "Hebatnya Kamu! Remaja Kajang Berusia 18 Tahun Ini Terima Kontrak Jadi Pemain Kelab Bola Sepak Di Eropah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*