‘Selepas 10 Tahun’ – Dalam Linangan Air Mata, Norman Hakim Sebak

Pelakon, Norman Hakim mengakui banyak menerima mesej personal daripada anak-anak di luar sana yang mahukan ibu bapa mereka berbaik semula walaupun tidak bersama.

Norman yang dilihat tidak dapat menahan sebak memberi tahu, dia pernah melalui fasa tersebut dan menganggap ianya amat menyiks4kan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk anak-anak juga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dismissed for a while from the #EFP class for @danishhakimofficial @marissadaniaaaaa_ ‘s report card day🧐 . . Siapa hari ni ambik report card anak2 jugak?🙌🏻

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

“Dekat luar sana banyak yang DM saya anak-anak yang ibu bapa mereka telah berpisah dan mereka nak tengok mereka berbaik walaupun tidak lagi bersama.

“Saya telah melalui pengalaman itu dan saya rasa fasa itu merupakan satu yang menyiksakan bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga untuk anak-anak yang masih dibawah tanggungjawab saya.

“Seboleh mungkin saya ingin membantu mereka ini supaya ibu bapa mereka berbaik dan saya akan gunakan kesempatan ini untuk memberi sesuatu yang bermanfaat kepada mereka yang berada dalam kancah ibu bapa yang berpisah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

DS @shahrezza61 Aidilfitri Celebration #RezzaRayaDiMelia . . Thx for having us Abg Ja🤗

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Norman berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis pengenalan pengacara baru, Mingguan Wanita musim ke-2 yang berlansung di The Gardens Mall, Kuala Lumur.

Tambah Norman lagi, dia telah mengambil iktibar diatas apa yang berlaku terhadap rumah tangganya sebelum ini supaya mereka tidak perlu lalui apa yang telah dia harungi sebelum ini.

“Saya bersyukur sangat kerana selepas 10 tahun kami kembali bersatu walaupun bukan sebagai pasangan suami isteri tetapi kami saling menyayangi antara satu sama lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Safely arrived & dinner served!!! Apa lagi NGAP laa!! Alhamdulillah tq wifey cayang @memeysuhaiza for tis lovely & ‘sedapy’ spaghetti bolognese meatball🤤 . . 📸: @awishzarisz

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

“Kami ingin membawa kehidupan ini umpama kami membina syurga di rumah hari ini untuk sama-sama peroleh syurga pada kehidupan selepas ini.

Terdahulu, Norman telah pun diumumkan sebagai salah seorang daripada lima pengacara baru Mingguan Wanita dan akan mengendalikan segmen “Cerita Dalam Kain”.

Mingguan Wanita musim baru turut menampilkan pengacara seperti Sherry Al-Hadad, Erra Fazira, Siti Elizad dan bakal bersiaran pada 8 Julai 2019 di Astro Prima dan Prima HD.

Sesi temu bual penuh bersamanya juga boleh ditonton di IG TV Media Hiburan.

 

Sumber : MH

Be the first to comment on "‘Selepas 10 Tahun’ – Dalam Linangan Air Mata, Norman Hakim Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*