“Sebab Saya Tahu, Bila M4ti Nanti Siapa Yang Akan Angkut Kita Ke Kuubur..,” – Nabil Ahmad

Lebih sedekad terlibat dalam seni membuatkan pelawak dan penerbit, Nabil Ahmad mengakui dia cuba sedaya upaya untuk menghargai individu yang berada di sekeliling.

Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang sama-sama pernah menjalani kehidupan sukar bersamanya di kampung tidak lama dulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada ni haaa. Jadi rider harini nak pergi hantar dokumen jap

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Berkongsi kepada MH, pemegang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2009 ini menambah, kenangan lama secara tidak langsung membuatkan dirinya mahu berpijak di bumi nyata, jauh sekali mahu menganggap diri sebagai ‘diva’.

“Saya asal penghantar surat saja (despatch). Mungkin saya tiada duit sangat pada ketika itu. Saya pernah merasa hidup dengan hanya berbekalkan duit RM5 setiap hari.

“Malamnya saya jual burger dan esoknya saya kembali jadi despatch dengan wang saku sebanyak RM7 atau RM8, hasil untung jual burger semalam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Sebuah kesempatan untuk meraih maghfirahNya. Mohon di maafkan atas segala salah dan khilaf. Salam Ramadhan

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

“Jadi bila Allah murahkan rezeki, saya percaya setiap rezeki yang kita perolehi, bukanlah milik kita 100 peratus. Sebaliknya, ia adalah hak orang lain juga. Kita ni hanyalah perantara untuk salurkan rezeki pada mereka.

“Alhamdulillah, saya masih lagi berkawan dengan rakan sekampung, ‘mat despatch’ yang pernah sama-sama hidup susah dengan saya.

“Sebab saya tahu, bila kita m4ti nanti, siapa yang akan angkut kita ke kuubur kalau bukan kawan-kawan? Kalau boleh tergolek sendiri tidak mengapalah…tak perlu nak minta tolong orang,” seloroh Nabil yang kini kian selesa bergelar penerbit di bawah produksinya, Nabil Ahmad Production Sdn.Bhd.]

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak pergi Param ni. Nak cari air tebu dgn kuih tepung pelita utk bbuka Nti. Korang pg Param mane?? Kurta @zoud.official

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yela semua girlfriend

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Foto: Instagram Nabil Ahmad

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Sebab Saya Tahu, Bila M4ti Nanti Siapa Yang Akan Angkut Kita Ke Kuubur..,” – Nabil Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*