“Kami Dah Bersedia, Andai Salah Seorang Bermasalah” – Izzue Islam

Pelakon popular Izzue Islam merancang untuk menjalani pemeriksaan kesuuburan bersama isterinya, Awin Nurin dalam masa terdekat.

Izzue berkata, dia dan isteri juga sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan selepas pemeriksaan dilakukan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hye nama sy mika. Sape nama awak? 👶🏻

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

“Kami akan pastikan menjalani pemeriksaan pada tahun ini juga. Sudah lama kami rancang, namun tertangguh kerana jadual kerja yang padat.

“Kami juga sudah mempersiapkan ment4l sekiranya diberitahu salah seorang daripada kami mempunyai masalah,” katanya tenang.

Tambah Izzue lagi, sekiranya perkara tersebut berlaku, ada pelbagai cara dan ikhtiar yang boleh dilakukan dan tidak perlu berasa malu.

Minta maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan i sepanjang jadi suami u. Belum lagi dapat bagi u baby idaman setiap pasangan bergelar suami & isteri. Bercuti nak rileks2 berdua rehatkan diri rasanya sekali pon tak pernah sepanjang kita kahwin. Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat u tersinggung. Tak cukup tu, i pernah jugak buat u terasa sampai u menangis. 🙏 Isteriku, Terima Kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan i. Tak pernah pon mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver i walaupon i kat sebelah dah berdengkur! Time i susah u ada malah u yg senangkan & tenangkan i dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. U are the best Isteriku! Selamat Hari Lahir ♥️ @awinnurin21.06 #JuneBaby

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Minta maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan i sepanjang jadi suami u. Belum lagi dapat bagi u baby idaman setiap pasangan bergelar suami & isteri. Bercuti nak rileks2 berdua rehatkan diri rasanya sekali pon tak pernah sepanjang kita kahwin. Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat u tersinggung. Tak cukup tu, i pernah jugak buat u terasa sampai u menangis. 🙏 Isteriku, Terima Kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan i. Tak pernah pon mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver i walaupon i kat sebelah dah berdengkur! Time i susah u ada malah u yg senangkan & tenangkan i dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. U are the best Isteriku! Selamat Hari Lahir ♥️ @awinnurin 21.06 #JuneBaby . Photo by @shaaramlie Baju by @neonate.company Seluar by @forever21

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

“Saya dan isteri sudah bincang mengenai perkara tersebut, segala ikhtiar juga akan dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan sudah lima tahun mendirikan rumah tangga.

“Apa yang nak dimalukan, semuanya Allah yang tentukan dan kita sebagai hamba jangan pernah berhenti berusaha,” ujarnya.

Izzue turut memberitahu dia tidak menolak untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sekiranya dinasihatkan untuk berbuat demikian.

“Insya-Allah, selagi ia tidak menyalahi dari segi agama, kami juga mahu menggunakan kemudahan teknologi canggih sedia ada untuk dapat anak,” katanya.

Izzue ditemui pada majlis sidang media Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends pada petang Rabu di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Susah betul nak ambil gambar dengan budak2 ni. Maklumlah anak jantan semuanya 😜

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends akan berlangsung selama empat hari bermula 15 hingga 18 Ogos, bersempena cuti persekolahan nanti.

Berdurasi selama 65 minit, konsert yang dibawakan secara ekslusif  dan interaktif itu akan diadakan di Quill Convention Center, Kuala Lumpur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

nasib baik dapat sedondon jugak di hari raya ni. maaf zahir batin dari kami anak beranak 🙏

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

Tiket konsert dijual dengan harga bermula RM35, RM55 dan RM85 mengikut zon. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket seawal yang boleh kerana pelbagai tawaran menarik menanti anda!

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Kami Dah Bersedia, Andai Salah Seorang Bermasalah” – Izzue Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*