Alyah Terkenang Dua Insiiden Tr4gis Menjelang Raya

Kalau diimbau kembali kenangan raya tentu ada satu atau dua kenangan yang tidak dapat kita lupakan sehingga hari ini.

Bagi penyanyi, Datin Alyah pula ada dua kenangan insiiden tragis yang tidak dapat dia lupakan sehingga kini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haiiii everybody ❤❤❤ Sedang berfikir kamu lagi ngapain…😁😁😁

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

“Saya ada dua kisah yang saya tidak boleh lupa sampailah sekarang. Pertama, ia berlaku pada akhir Ramadan. Ketika itu usia saya lebih kurang lapan tahun.

“Masa tu saya asyik tengok abang cukur misai dan janggutnya. Bunyinya macam best. Jadi bila dia dah selesai bercukur sebab esoknya nak raya, jadi saya senyap-senyap ambil pencukur abang lalu saya cukur sideburn saya!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Me & my journey Fall seven times Stand up eight….

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

“Mungkin sebab masa cukur tu tengah syok sampai separuh jugalah sideburn saya hilang. Bila dah tersedar, saya menangis sebab nampak buruk sangat. Nak pula masatu abang-abang gelakkan saya. Terus merajuk tak mahu raya.

“Sudahnya, kakak saya belikan skarf yang besar untuk tutup kepala saya. Kira sepanjang dua tiga hari raya, saya pakai turban sebab nak sembunyikan bahagian tepi kepala yang dah botak separuh,” ceritanya.

Insiiden keduanya pula lebih tr4gis kerana ianya melibatkan api dan pada ketika itu menurut Alyah, tinggal lagi beberapa hari sahaja untuk umat Islam menyambut hari raya.

“Insiiden kedua pula masa saya main masak-masak dengan kawan. Masa tu kita lagi dua tiga hari nak sambut raya. Kami ekstrem sebab main masak-masak pakai minyak tanah sebab nak bagi nampak real.

“Leka main, sedar tak sedar dinding depan rumah dan sebuah almari terbakar! Bila api marak, kami sekeluarga panik. Emak sampai nangis takut apa-apa yang tak baik berlaku pada anak dia. Mujurlah api dapat dipadamkan.

“Tapi hangus jugalah dinding rumah saya. Cat pun macam tak hilang. Bekas dia masih ada. Yang lucunya, tiap kali orang datang beraya pasti akan tegur dinding yang hangus tu dan setiap kali itulah mak akan bebel dan mar4hkan saya,” ceritanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

PENANG….

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Kata Alyah lagi, sejak kejadikan kebak4ran itu dia menjadi tr4uma untuk main masak-masak lagi.

Lucu sungguh kisah kenangan Alyah ini kan. Tapi peringatan juga buat semua, kisah Alyah ini boleh dijadikan iktibar supaya kita lebih berhati-hati dan memantau anak-anak supaya tidak bermain dengan api bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

TQ so much @makeupbydeqsha 💙💙💙

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Sumber: Majalah Media Hiburan

Be the first to comment on "Alyah Terkenang Dua Insiiden Tr4gis Menjelang Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*