Selepas Disiindir Aishah, Akhirnya Jihan Bersuara.. “Dua Gajah Berg4duh, Pelanduk Menjadi M4ngsa”

Sebelum ini  penyanyi tersebut memuat naik satu status di Instagramnya, berkaitan anak seni yang memandang sinis terhadap perjuangannya ketika mela@wan ke3s tersebut.

Menerusi laporan Mstar, Aishah mengakui status si1ndiran tersebut ditujukan kepada pengacara program realiti yang disertai olehnya iaitu Jihan Muse. Tambahnya, Jihan dan Nabil perlu disepina dan dikehendaki hadir ke mahk4mah bagi membantu kesnya dengan usahawan kosmetik tersebut.

Memang saya tulis status tersebut

Menurut Aishah dia mengaku yang dia menulis status tersebut kerana Jihan dan Nabil perlu menjadi saksi berkenaan isu yang berlaku di antaranya dan usahawan tersebut. Ini kerana, mereka turut berada di pentas yang sama.

Memang saya tulis status tersebut untuk ditujukan kepada Jihan sebab dia dan Nabil sepatutnya disepina supaya hadir ke mahk4mah untuk memberi keterangan. Malangnya, pihak peguam saya susah nak sampaikan sepina itu hinggakan peguam dah bercadang untuk keluarkan iklan untuk cari dia.

Segala urusan yang kami buat semua dalam lingkungan yang dibenarkan ooleh undang-undang. Bukan saja-saja nak minta sesiapa masuk campur. Mereka berdua disepina sebab berada di pentas program tersebut dan mereka juga yang umumkan hadiah barang kemas itu.

Jihan enggan komen, bimbang disalah tafsir

PELAWAK dan pengacara terkenal Jihan Muse menjelaskan pihaknya berasakan tidak perlu memberikan sebarang komen membabitkan kenyataan yang dimuat naik berkaitan dirinya diberikan sepina bagi membantu menyelesaikan ke3s peni1puan hadiah kemenangan penyanyi popular Aishah, dalam program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Jihan sebelum ini menggunakan bahasa kiasan dan memuat naik di laman Instagram miliknya, mend@akwa dia dan beberapa pihak lagi menjadi m@angsa keadaan apabila diberikan sepina bagi membantu k3es m@ahkamah Aishah menerima hadiah barang kemas pa@lsu yang dihadiahkan penaja program realiti GV4, Datuk Seri Vida (DSV).

Jihan dalam kenyataan dimuat naik sebelum ini secara menyi1ndir dengan menyifatkan Aishah dan DSV adalah dua gajah sedang bergaduh dan dirinya ibarat pelanduk menjadi ma@ngsa di tengah-tengah.

Aishah yang menyedari kiasan itu ditujukan kepada dirinya, memberikan kenyataan balas dalam laman Instagram miliknya sekali gus menjelaskan akan kepentingan sepina itu diberikan kepada pengacara dan pelawak wanita terbabit serta turut memetik nama Jihan.

Kata Jihan menerusi syarikat pengurusannya LOL Entertainment, kenyataan yang dimuat naik olehnya sebelum ini membabitkan i1su antara Aishah dan DSV, tidak sepatutnya diperkatakan lagi.

“Bukankah kees sudah selesai, jadi saya tidak rasa harus memberikan sebarang kenyataan membabitkan kata-kata yang dimuat naik di Instagram sebelum ini.

“Lagipun kata-kata yang saya muat naik ini sudah lama dan ia tidak lagi relevan untuk diperkatakan apabila k3es sudah selesai,” katanya.

Tegas Jihan lagi, dia bimbang andai mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan perkara itu akan disalah tafsir sekali gus mengeruhkan lagi keadaan dan hubungannya dengan mana-mana pihak.

DSV Mohon Maaf

Dalam pada itu, hari ini  Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida memohon maaf kepada penyanyi Aishah dalam satu sidang akhbar khas sebentar tadi di kediamannya di Ipoh, Perak.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 46 membacakan permohonan maaf secara terbuka seperti yang termaktub dalam keputusan bersama ketika sesi mediasi yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur 1 Julai lalu.

“Saya Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada Wan Aishah Wan Arifin melalui representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan Gegar Vaganza 4,” kata Aishah dalam permohonan maaf itu.

Artikel berkaitan

Terdahulu, Sedang DS Vida Mohon Maaf, Tiba2 Cik B Datang ’Buat Hal’ Serah Uncang Duit Miliknya Untuk Ganti Berlian Aishah

Anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B membuat kejutan apabila menyerahkan sejumlah wang kepada ibunya bagi membayar ganti rugi barang kemas kepada penyanyi Aishah.

Menerusi rakaman secara langsung di Facebook milik usahawan itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 14, muncul secara tiba-tiba pada sidang media khas yang diadakan Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman di kediamannya di Ipoh Perak.

“Mama, Cik B tak nak mama guna duit sendiri untuk bayar ganti rugi kepada dia (Aishah). Guna duit Cik B ini. Tak apa, hari ini Cik B beri mama duit… esok pasti ada rezeki lain yang akan datang,” katanya.

Cik B dipercayai menyerahkan beberapa bungkusan wang berjumlah sehingga RM100,000. Vida mengadakan sidang media khas berkaitan isu tuntutan berlian penyanyi lagu Janji Manismu yang telah diselesaikan dengan cara mediasi Isnin lalu.

Video

Pada Isnin lalu, Aishah mendedahkan kemelut isu berlian palsu antara dia dan Vida sudah menemui titik noktah apabila ia diselesaikan secara mediasi.

Aishah pada sebuah sidang media menjelaskan usahawan yang juga penaja program realiti Gegar Vaganza itu perlu membayar harga pameran (price tag) barang kemas berjumlah RM80,000 kepadanya pada atau sebelum 17 Julai ini.

Selain itu, Vida perlu membuat sidang media untuk membuat permohonan maaf secara terbuka mengikut tempoh masa sama.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu berkenaan, Vida menjelaskan tiada istilah kalah atau menang sebaliknya keputusan itu atas persetujuan bersama.

Pada sidang sama, Vida turut membuat permohonan maaf kepada Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54.

“Sebagai salah satu tuntutan yang perlu saya laksanakan ialah saya mohoh maaf secara terbuka kepada Aishah atas representasi salah terhadap barang kemas tambahan pada Gegar Vaganza 4.

“Namun saya jelaskan lagi dalam isu ini tiada yang menang atau pun kalah kerana ia diselesaikan secara persetujuan bersama antara dua pihak,” ujarnya.

Untuk rekod, perbalahan antara Aishah dan Vida tercetus apabila penyanyi itu membuat pendedahan bahawa hadiah rantai berjumlah RM80,000 yang ditaja usahawan itu adalah palsu.

Aishah menyedari barangan kemas yang diterima hasil hadiah kemenangan program Gegar Vaganza musim keempat itu palsu selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas.

sumber: hmetro,mstar via mediaohsem

 

Be the first to comment on "Selepas Disiindir Aishah, Akhirnya Jihan Bersuara.. “Dua Gajah Berg4duh, Pelanduk Menjadi M4ngsa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*