“Dah pandai bercakap..” – Nak buat ‘mini love’ tak jadi, peminat cair tengok gelagat comel Aafiyah nak botol susu

Jika sebelum ini ada yang memberi komen tidak menyenangkan kepada penyanyi nombor satu, Datuk Siti Nurhaliza, berkenaan anak kesayanganya, Siti Aafiyah.

Walau bagaimanapun, diva terkenal Malaysia nampak tidak cepat melatah dengan komen negatif, malah terus memuat naik segala aktiviti dan perkembangan puterinya.

Baru-baru ini, dalam satu perkongsian terbaru di IG penyanyi itu, memaparkan video Siti Aafiyah bersama pengasuhnya yang dipanggil sebagai kakak. Dapat diperhatikan, anak comel penyanyi nombor satu negara itu sudah semakin petah bercakap.

Nak buat mini love ke main osom…

Lebih mencuit hati adalah, apabila Aafiyah cuba membuat ‘mini love’ walaupun tidak menjadi, ditambah pula dengan kepelatannya kita menyebut perkataan ‘pewishhh’ (please), membuatkan ramai tertawa dengan gelagat comelnya.

Bijaknya dia…Video penuh

Amboi anak ibu buat mini love.. Ayah la yang start dulu buat kat aafiyah tu… tak sabar ibu nak gomol aafiyah kejap lagi … #kakakbuliaafiyah

Video Player

View this post on Instagram

So cute 🤗🤗…..#Repost @ctdk : Amboi anak ibu buat mini love.. Ayah la yang start dulu buat kat aafiyah tu… tak sabar ibu nak gomol aafiyah kejap lagi … #kakakbuliaafiyah

A post shared by Wila_nurhaliza (@wilanurhalizasz) on

Siapa tidak tertawan dengan kecomelan dan kemanisan wajahnya, rata-rata netizen terbibur melihat gelagatnya dan kagum dengan kebijaksaannya bercakap.

Malah, ada yang memberi pujian dengan cara didikan yang diberi oleh pengasuh tersebut, yang sedikit sebanyak membantu Siti Aafiyah membesar dengan baik.

Banyak kali ulang tengok sebab comel…

Sumber : Datuk Siti Nurhaliza via Ohmymedia

Be the first to comment on "“Dah pandai bercakap..” – Nak buat ‘mini love’ tak jadi, peminat cair tengok gelagat comel Aafiyah nak botol susu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*