Anak-anak Habis Belajar,Jejai Raikan Bersama Fasha Sandha Buat Netizen Terharu

Pada hakikatnya semua Ibu bapa  akan merasa amat gembira apabila anak-anak membesar dengan baik. Tambah lagi apabila mereka akan melangkah masuk ke alam persekolahan. Terasa masa berlalu dengan sangat pantas.

Perasaan ini juga  dialami sendiri oleh pelakon jelita Fasha Sandha apabila dua anaknya Rayfal dan Jemyma telah menamatkan pendidikan pra-persekolahan semalam dengan jayanya dan tahniah kita ucapkan.

Menerusi laman Instagramnya, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu berkongsi beberapa gambar di sekitar majlis graduasi anak-anaknya yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Melalui laman Instagram, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu berkongsi beberapa gambar di sekitar majlis graduasi anak-anaknya yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Jejai juga turut hadir

Bukan setakat Fasha dan Aidil Aziz je ada, malah bekas suaminya Jejai turut hadir bagi meraikan majlis tersebut. Wahhh! Bagusnya masing-masing melakukan yang terbaik untuk anak-anak.

Lain pula jadi perhatian…

Ramai pula yang sebut-sebut pasal ‘baby bump’ Fasha ni! Kalau betul la Fasha mengandung lagi, tahniah buat pasangan tersebut. Semoga semuanya baik-baik kehendakNya.

Berikutan posting berkenaan, ramai yang telah memberikan pujian terhadap Fasha. Netizen turut menegur mengenai ‘baby bump’ aktres tu yang semakin jelas kelihatan.

 Apa-apapun kita doakan Fasha dan Jejai gembira menjalani kehidupan mereka yang baru. Walaupun tidak lagi bersama, anak-anak itu menjadi pengikat silaturahim antara mereka dan sudah tentu menjadi tanggungjawab menjaga masa depan anak-anak agar menjadi insan berguna.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Medianews viral

Be the first to comment on "Anak-anak Habis Belajar,Jejai Raikan Bersama Fasha Sandha Buat Netizen Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*