Senaskhah Al-Quran Sebagai Hantaran, Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Sah Bergelar Suami Isteri Pada 1 Muharram

Nadzmi Adhwa sah suami Ardell Aryana dengan sekali lafaz.

PASANGAN pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga wanita di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz pada pukul 5.31 petang.

Ardell atau nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, menerima hantaran senaskhah Al-Quran dan mas kahwin RM300 serta masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.

Sekitar majlis akad nikah mereka pada petang Ahad.

Al-Quran itu merupakan hadiah yang diberikan oleh Ardell semasa majlis merisik dan dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.

Sementara itu, Nadzmi, 26, menyifatkan jodohnya dengan pelakon itu dipanjangkan atas doa peminat.

“Semua ini atas doa peminat yang mahukan kami bertemu jodoh dan akhirnya doa itu dimakbulkan. Alhamdulillah!,” katanya.

Dalam pada itu, pasangan ini masih belum menetapkan tarikh untuk majlis resepsi dan berbulan madu.

Terdahulu, pasangan pelakon drama Namaku bed4h ini sudah mengenali antara satu sama lain sejak kira-kira lapan tahun lalu.

 

Tahniah selamat pengantin baharu @nadzmiadhwa dan @ardellaryana .. moga bahagia sampai ke anak cucu ya … ❤️❤️ Artikel penuh di instastory #mstaronline #mstardiva

Posted by mStar Online on Sunday, September 1, 2019

Sumber: Mstar Online

Be the first to comment on "Senaskhah Al-Quran Sebagai Hantaran, Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Sah Bergelar Suami Isteri Pada 1 Muharram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*