Keluarga beri amaran kepada Mark Adam

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Mark Adam mengakui, isterinya, Norazah Redzuan begitu disayangi keluarganya sehingga mendiang ayahnya pernah memberi amaran supaya dia tidak sesekali mengguris perasaan wanita itu.

Mark atau nama lengkapnya Fikri Mark Adam Abdullah, 40, berkata, keluarganya di Cebu, Filipina begitu rapat dengan Norazah, malah sentiasa menanti detik mereka pulang ke kampung.

“Meskipun berbeza agama dan budaya, mereka serasi. Norazah pula pandai mengambil hati, malah sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan ibu dan mendiang ayah saya.

“Mendiang ayah pernah memberi saya amaran, jangan sesekali memanggilnya bapa jika saya melukai hati isteri. Semua ahli keluarga saya memang rapat dengan Norazah,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 2003.

Penyanyi lagu Pencuri dan Marry Me itu berkata, usaha menghadiahkan ibunya kediaman yang selesa di kampung halamannya juga dicetuskan isterinya.

Norazah katanya, mula membuat carian kediaman di Cebu menerusi internet, sejak tahun lalu, malah yakin ibu Mark pasti menyukai rumah yang dipilihnya.

“Memang impian saya untuk menghadiahkan ibu sebuah rumah yang selesa, apatah lagi, kami pernah hidup susah. Apabila isteri menemui rumah yang sesuai, kami tunjukkan kepada ibu untuk meminta pendapatnya.

“Tersentuh hati apabila ibu memberitahu, dia tidak mampu membeli rumah yang dimaksudkan. Justeru, apabila saya membawanya ke rumah seperti rakaman yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini, ibu kelihatan terpinga-pinga.

“Dia memang terkejut dan sama sekali tidak menyangka, kami berusaha keras merealisasikan impiannya itu,” katanya.

Menerusi rakaman video itu, Mark membawa ibunya yang ditutup mata menaiki motosikal ke rumah baharu yang tidak jauh dari kediaman lama mereka.

Reaksi ibunya yang kebingungan sebaik penutup matanya dibuka membuat pengikut laman sosial finalis Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu sebak.

Ruangan komen laman sosial penyanyi itu turut dibanjiri pujian, termasuk daripada rakan artis yang terharu dengan sikap Mark yang sentiasa mengutamakan kebajikan ibunya.

View this post on Instagram

Its a beautiful night Were looking for something dumb to do Hey baby Hitam nya kaki ku!!! #Syawal2 #FavColorBlue #SyukurAlhamdulillah

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Sumber:BH

Be the first to comment on "Keluarga beri amaran kepada Mark Adam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*