Saya Tak Tam4k ‘Tiba-tiba Muncul’, Akhirnya Bella Astillah Buka Mulut Pertahankan Diri

Bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah menyangkal dakwaan dirinya tam4k kerana mengambil pelbagai tawaran dalam bidang hiburan selepas melalui fasa percer4ian.

Semakin giat menceburkan diri dalam lapangan seni, Bella merasakan perkara ini sebagai salah satu rezeki untuk anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 3, dan keluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Swipe left ❤️ . . #cintabelumtamattempoh

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

“Jika ada yang mengenali saya dan keluarga semenjak dahulu lagi, pastinya mereka tahu saya dan adik, Didi Astillah telah mula menceburkan diri dalam bidang hiburan semenjak kami kanak-kanak lagi.

“Namun begitu, rezeki Didi datang terlebih dahulu untuk dia lebih menyerlah ketika meningkat remaja. Saya pula menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan selepas itu, saya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami,” kata Bella.

Tambah Bella, dia hanya menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin dan mahu mencuba pelbagai perkara dalam bidang hiburan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Apa perasaan korang bila terjumpa ex korang? Berdebar? Rindu? Benci? Penuh tanda tanya. Megat Haikal muncul semula dan haruskah Qaisara bagi peluang untuk Haikal? . #cintabelumtamattempoh #cbtt #megadrama #migdrama #migonline #Qaisara @fendybakry @bambam_studios @migrdrama @migonline

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

“Saya akui, kini saya kembali aktif dalam bidang hiburan. Ada orang yang mula mempertikaikan dan merasakan kehadiran saya sebagai satu nama yang ‘tiba-tiba muncul’, sedangkan saya sudah lama bergiat dalam bidang seni semenjak kanak-kanak lagi.

“Saya rasa tiada salahnya pun untuk saya bergiat aktif dalam bidang hiburan kerana ini adalah punca saya mencari rezeki untuk anak dan keluarga.

“Saya tidak tamak kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk keluarga dan ibu tunggal kepada anak kesayangan saya. Apa salahnya saya gunakan peluang yang ada,” kata Bella.

Drama bersiri lakonan Bella selaku teraju utama, Cinta Belum Tamat Tempoh kini sedang ditayangkan di slot Megadrama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mat Noor & Mek Bunga 👫 . . @adm.lee . . D’ Ayu Pictures #MekBunga 🎬

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Cinta Belum Tamat Tempoh merupakan adaptasi dari novel judul sama tulisan Rehal Nuharis.

Diarahkan oleh Jamal Khan, drama bersiri ini bersiaran selama 16 episod bermula 9 September.

Selain Bella, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Nafiz Muaz, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Syuhaida Abraz, Radin ERA dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #CintaBelumTamatTempoh untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!

Sumber : Gempak

 

Be the first to comment on "Saya Tak Tam4k ‘Tiba-tiba Muncul’, Akhirnya Bella Astillah Buka Mulut Pertahankan Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*