Teki Teki Terjawab Tentang Kehamilan Mona Allen! Ini Penjelasan Mona Allen Sendiri

Pelakon Mona Allen akui dia dan suami, Pekin Ibrahim masih menanti kehadiran cahaya mata selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga.

Menurut Mona, dia masih bersabar untuk menanti saat tersebut dan hanya berserah kepada rezeki.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada org hilang. 24 jam tak jumpa. Perlu ke saya report polis? Ada sesiapa nampak dia tak kat mana2? 😆😜

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

“Terus-terang kami memang mahukan cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga kami tapi mungkin belum ada rezeki.

“Saya tidak merancang dan berserah kepada Tuhan bila masanya itu nanti.

“Ramai juga yang bertanya, namun saya jawab sahaja dengan baik kami belum ada rezeki,” katanya kepada Gempak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Throwback gambar masa dating dulu. Masa ni 1st time pergi Kelantan nak jumpa dgn bakal mak mertua. Masa tu @pekin7words ckp muka kita takde darah. Dupdabdubdabb.. neves nak jumpa dgn bakal mak mertua😂🤪😜 .. #rasamcmrihanapetrapulak #citezamankenalkenal haha ok bai

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Mona ditemui selepas All Stars Buka Panggung minggu kelima malam tadi.

Dalam program tersebut Mona tewas dan menobatkan Noorkhiriah sebagai juara.

Mengulas mengenai karier seninya selepas berkahwin, Mona akui lebih utamakan keluarga.

“Selepas berkahwin saya banyak kurangkan aktiviti lakonan saya demi meluangkan banyak masa dengan suami.

“Malah jika saya ditakdirkan hamil nanti, sudah tentu saya akan beri tumpuan pada kandungan dan anak kelak.

“Keluarga adalah keutamaan saya,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

1st Merdeka celebration together 🌹❤️ 🇲🇾 . 👚 @tuatu.co

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 1 Disember lalu dalam sebuah majlis tertutup tanpa pengetahuan media.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Teki Teki Terjawab Tentang Kehamilan Mona Allen! Ini Penjelasan Mona Allen Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*