Selamba Jer Dia Panggil Permaisuri ‘Che Minah- Reaksi Tuanku Azizah Buat Hati Berbunga!

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali sebagai kerabat diraja yang mempunyai keperibadian yang merendah diri dan mendekati rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah Raja Permaisuri Agong sering mendapat perhatian setiap kali ‘tweet’nya muncul di ruangan Twitter.

Menerusi ciapan terbaru Twitter @cheminahsayang itu, Tuanku Permaisuri ada menceritakan mengenai kejadian pagi tadi apabila ada seorang individu  yang hanya memanggilnya dengan panggilan Che Minah.

Menceritakan perkara itu, Raja Permaisuri Agong turut berpendapat bahawa panggilan daripada “adek” tersebut sungguh comel.

Ada adek jual makanan, lambai-lambai dan panggil saya “CHE MINAH”.. i tot that was cute n cool!

Sememangnya, ‘tweet’ tersebut telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada warga Twitter yang turut terhibur dengan panggilan Che Minah yang digunakan oleh ‘adek’ tersebut.

“so cute la budak tu. Followers twitter jugak agaknya Tuanku”

“Tak menyalahi undang-undang ke tuan Permaisuri ku”

“Dia tertinggal ‘Sayang’ tu Tuanku”

Sumber: Twitter @cheminahsayangvia SiakapKeli

Be the first to comment on "Selamba Jer Dia Panggil Permaisuri ‘Che Minah- Reaksi Tuanku Azizah Buat Hati Berbunga!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*