“Semoga Bisnes Berjaya,”- Ella Kini Jadi Tauke Cili, Syukur Pokok Lada Kian Subur.

Ratu rock negara, Ella kini mengusahakan tanaman cili di Puncak Alam,Selangor bersama suaminya, Azhar Ghazali.

Perkara itu dikongsikan Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminudin di laman sosial Facebook.

“Alhamdulillah cuaca cerah dan baik hari ni. Walau berlaku sedikit kekecohan tapi semuanya terkawal .

“Yg penting pokok cili Ella semakin membesar ok ! Inshallah 2 minggu lagi akan berbuah.

“Nampak gaya macam perlukan lebih tumpuan dan kasih sayang sayalah.

“Hasil dari teknologi penyelidikan dan kerjasama pasukan, cili Ella nanti inshallah akan berbuah lengkap dengan Omega 3.

“Muafakat itu berkat.Doakan kami,” kongsi Ella sambil disertakan hasil tanaman cilinya.

Menerusi ruangan komen,rata-rata memuji kesungguhan pasangan ini berbakti kepada tanah.

Difahamkan,Ella dan Azhar mengusahakan tanaman tersebut sejak dua tahun lalu dengan modal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.

Facebook : Ella Aminudin

Be the first to comment on "“Semoga Bisnes Berjaya,”- Ella Kini Jadi Tauke Cili, Syukur Pokok Lada Kian Subur."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*