Keluarga terkejut Nurul Ashikin hamil anak kembar

BACHOK – Keluarga kepada anggota polis yang m4ut bersama isteri dalam kem4langan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur hari ini terkejut dan sedih apabila mengetahui Nurul Ashikin Kamaruddin sedang hamil anak kembar.

Nur Azmawati Shamsuddin, kakak kepada Lans Koperal Muhammad Syakiran berkata, berita mengejutkan itu diketahui berdasarkan bed4h sias4t jam 1 petang tadi.

Menurutnya, perkara tersebut dimaklumkan adik-beradiknya yang berada di Kuala Lumpur dan turut menemui buku pemeriksaan kandungan di dalam beg Nurul Ashikin.

“Kami memang terkejut sebab mereka belum memaklumkan lagi kepada keluarga tentang kehamilan anak kedua yang juga kembar kali ini.

“Kami sangat sedih apatah lagi saya dimaklumkan kandungan sudah hampir berusia dua bulan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Pasangan terbabit meningg4lkan seorang anak lelaki, Muhammad Arfan Ziqri, berusia 1 tahun 10 bulan.

Dalam kejadian jam 8 pagi tadi, kedua-dua mereka m4ut selepas motosikal yang dinaiki terlibat kem4langan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Syed Putra, menghala ke pusat bandar.

Muhammad Shakiran, 30, anggota polis bertugas di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam yang ceder4 di perut meningg4l dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala isterinya ceder4 di kepala m4ut di tempat kejadian.

Bercerita lanjut, Nur Azmawati berkata, Allahy4rham adiknya, Muhammad Syakiran juga mempunyai kembar sama jantina bernama, Muhammad Syakirin, yang tinggal di kampung dan sudah berkahwin.

Menambah kesedihan katanya, apabila ahli keluarganya baru sahaja berkumpul di kuarters polis memandangkan adik bongsu mereka, Muhammad Nazrul,19, berada di Kuala Lumpur untuk bersiar-siar di sana.

“arw4h adik dan isteri baru sahaja menghantar Nazrul menaiki bas malam tadi dan Nazrul tiba di Kelantan pada jam 7 pagi tadi.

“Tidak berapa lama selepas itu kami di kampung menerima berita mereka berdua m4ut dalam kem4langan,” katanya.

Kakak m4ngsa menjangkakan jen4zah mereka akan dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Repek Hilir, Bachok selepas Isyak nanti.

Sumber : Sinar

 

Be the first to comment on "Keluarga terkejut Nurul Ashikin hamil anak kembar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*