Kesedihan Tak Terbendung, Sekali Lagi Air Mata Fauziah Nawi Tumpah Bercucuran

PELAKON terkenal tanah air Fauziah Nawi, 66, tidak dapat menyembunyikan kesedihannya dengan meratapi kepulangan jen4zah anaknya di kediamannya di Taman Melati, Setapak di sini, tengah malam kelmarin.

Sebaik sahaja jenazah Mohd Firdaus Mohamad Hanif, 43, atau Pitt Hanif tiba di rumah itu jam 12.30 tengah malam, pelakon berkenaan cuba menahan sebak namun tumpas apabila air mata jatuh bercucuran.

Manakan tidak, anak lelaki tunggal yang juga anak sulung daripada dua beradik itu sudah pergi mengadap Ilahi dan meningg4lkan dirinya.

“Tak mengapa,” kata Fauziah ketika keranda dibukakan di hadapannya.

Terdahulu, mayat Pitt Hanif yang dikhuatiri lemas di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis pada jam 1 tengah hari Sabtu lalu ditemui pasukan penyelamat pada jam 4.25 petang, kelmarin.

JENAZ4H Allah4rham Mohd Firdaus tiba di rumah ibunya Fauziah Nawi di Taman Melati, Setapak. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Jenaz4h kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk tindakan susulan sebelum dimandi dan dik4fankan.

Sejurus semua urusan selesai, jenaz4h pengarah filem Coast Guard itu dibawa pulang ke rumah ibunya jam 10.30 malam sebelum tiba dua jam kemudian untuk solat jen4zah.

Allahyarham selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam AU2, Keramat di sini, jam 2 pagi semalam.

Lebih 300 ahli keluarga, saudara-mara, rakan artis dan kenalan mengiringi jen4zah ke tanah perkvburan bagi memberikan penghormatan terakhir.

Paling terkesan dengan pemergian arw4h ialah ibunya dan isteri, Farah Ahmad, 42, serta tiga anak perempuan mereka berusia tujuh hingga 16 tahun.

FAUZIAH Nawi ditenangkan oleh Farah. FOTO Bernama

Doakan Pitt Hanif syahid akhir4t

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap dan mendoakan semoga kem4tian pengarah filem yang juga anak lelaki artis veteran, Fauziah Nawi, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif termasuk dalam ketentuan sy4hid akhir4t.

“Ini sebagaimana hadis diriwayatkan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Orang m4ti sy4hid lima golongan iaitu orang m4ti kerana taun, m4ti kerana peny4kit perut, m4ti lem4s, ditimpa runtuhan dan sy4hid di jalan Allah.

“Buat Hajah Fauziah Nawi (ibu Allahy4rham) dan keluarga, kesabaran dan ketabahan anda semua adalah contoh buat kami. Kami juga mendoakan anda sekeluarga supaya terus kuat menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang. Kita yakin, banyak hikmah-Nya atas setiap musibah diberikan oleh-Nya,” katanya.

AHLI keluarga dan sahabat handai mengaminkan doa ketika pengebvmian jenazah Mohd Firdaus di Tanah Perkuburan Islam AU2 Keramat. FOTO Bernama

Sumber : Metro

Be the first to comment on "Kesedihan Tak Terbendung, Sekali Lagi Air Mata Fauziah Nawi Tumpah Bercucuran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*