“Kalau pun bermazhab lain, tak payah ‘up’ gambar sebegitu rupa” – Foto ‘selfie’ Nabila bersama anjing ditegur PU Syed

TINDAKAN pelakon Nabila Huda berkongsi foto ‘selfie’ bersama seekor anjing di Instagramnya pada Rabu menerima teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, berkata, perbuatan tersebut sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti tempatan sehingga boleh mendatangkan fitn4h pada agama.

Malah, PU Syed turut menegur babak-babak bersentuhan dan berpelvkan dalam drama yang dilakukan berulang kali tanpa rasa bersalah dan menjadi tontonan peminat.

PU Syed turut berkongsi mengenai hukvm menyentuh anjing berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A.

“Saya dah samak (sebenarnya adalah sertu). Itu kata-kata Nabila Huda bila dia memuat naik gambarnya bersama seekor anjing. Fenomena membuat sesuatu yang har4m dengan sedar dalam kalangan artis yang semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa.

“Dari adegan bersentuhan, berpelvkan sehingga perkara-perkara d0sa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa bersalah dipertontonkan kepada peminat mereka.

“Fenomena menormalisasikan d0sa ini sangat bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitn4h pada agama,” kata PU Syed di Facebook pada Khamis.

 

Fenomena menormalisasikan d0sa ini sangat bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitn4h.

PU SYED

PENDAKWAH SELEBRITI

Nabila atau lebih mesra dengan panggil Abil memuat naik swafoto dengan anjing tersebut ketika dia sedang bercuti di New Zealand bersama keluarganya baru-baru ini.

Dalam pada itu, PU Syed juga berkongsi hukvm menyentuh anjing berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A dan mazhab Syafie yang mengatakan setiap inci haiwan tersebut dikira sebagai najis.

Menurut PU Syed, anak kepada penyanyi Amy Search itu tidak sepatutnya memuat naik foto seperti itu yang boleh membawa fitn4h terhadap diri sendiri dan menjadi ikutan peminatnya.

Nabila dan keluarganya baru sahaja pulang daripada percutian di New Zealand selama dua minggu.

“Biar tahu jangan keliru. Hukvm menyentuh anjing. Anjing adalah termasuk sebagai najis mughalazah iaitu najis berat.

“Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Merujuk kepada mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis.

“Kalau pun artis ini bermazhab lain selain mazhab di Malaysia, tak payah up gambar sebegitu rupa yang membiarkan fitn4h buat diri sendiri dan menjadi ikutan kepada peminat-peminat dia,” katanya.

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Kalau pun bermazhab lain, tak payah ‘up’ gambar sebegitu rupa” – Foto ‘selfie’ Nabila bersama anjing ditegur PU Syed"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*