Pelakon Rita Rudaini mendedahkan bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abdul Razak tidak ada menghubunginya ekoran kes fitn4h yang melibatkan status taraf kedua-dua anak lelaki mereka.
Jelas Rita, hanya dia seorang yang bertanggungjawab mengetengahkan isu tersebut sehingga mendapat keadilan.
“Saya tidak tahu. Ada ke? Saya tidak dapat apa-apa respon daripada bekas suami untuk melindungi anak-anaknya.
“Sampai sekarang ini tidak ada langsung khabar berita daripadanya.
“Saya sebagai ibu yang mengetengahkan isu ini dan bertanggungjawab demi menyelamatkan maruah anak-anak.
“Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu. Duduk dalam gua ke?” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Rita membuat lap0ran polis terhadap pemilik akaun yang didakwa memfitn4h status taraf kedua-dua anak lelakinya di Instagram (IG).
Rita terpaksa mengambil tindakan kerana komen yang ditulis oleh individu berkenaan bersifat keterlaluan serta menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita yang pernah mendirikan rumah tangga.
Rita memberi tempoh selama 14 hari dari 21 Oktober untuk individu itu tampil bertemu serta membuat permohonan maaf secara terbuka dan bukannya menerusi media sosial.
Dua lelaki tersebut, Ahmad Najib Mat Arif dan Hafiiz Ahmad Mustaffa hadir ke perkarangan Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 8.30 malam semalam untuk bersemuka dan membuat permohonan maaf.
Walaupun permohonan maaf sudah diterima, pihak Rita masih mempertimbangkan sama ada ingin meneruskan sam4n malu atau tidak.
#MHLive Akhirnya individu yang memberi komen mempersoal taraf anak-anak pelakon, Rita Rudaini tampil membuat permohonan maaf
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, October 30, 2019
#MHLive Seorang lagi individu yang memberi komen berniat jahat anak-anak pelakon, Rita Rudaini tampil membuat permohonan maaf
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, October 30, 2019
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "“Takkan Dia Tak Tahu… Duduk Dalam Gua Ke?” – Tiada Sebarang Respon Dari Bekas Suami, Rita Rudaini Bertanggungjawab Selamatkan Maruah Anak-Anak"