The Rock dip4ksa main masak-masak dengan anak!

Dengan karakter lengan bertatu dan berbadan sasa, semua pasti mengenali ahli gusti WWE terkenal satu ketika dulu iaitu “The Rock”.

Beliau kemudiannya beralih ke bidang lakonan dangan aks1 yang lebih mantap dalam filem Hollywood “Fast and Furious” menjadikan nama The Rock semakin dikenali ramai.

Namun pemilik nama sebenar, Dwayne Douglas Johnson ini juga dilihat seorang “familyman” apabila rajin melayan keletah anak perempuannya sehingga dip4ksa untuk main masak-masak!

Gambar itu dimuat turun dalam laman sosial Instagramnya sendiri dimana The Rock telah berpur4-pur4 minum di dalam gelas permainan anaknya yang leka bermain permainan alatan memasak di hadapannya.

Tiada alasan lain yang boleh diberikan, The Rock hanya perlu patuh pada semua arahan yang diberi anak kecilnya untuk turut main bersamanya.

Menerusi kapsyennya juga, pelakon itu juga turut meletakkan hashtag berharap agar kerusi kecil yang didudukinya dilindungi tuhan kerana tidak sesuai dengan fizikalnya yang sasa.

Ini sekaligus memberi gambaran, tidak kira The Rock atau mana-mana ibu bapa sekalipun, tetap akan kalah pada sesuatu perkara apatah lagi ia melibatkan anak-anak.

 

Sumber; freemalaysiatoday

Be the first to comment on "The Rock dip4ksa main masak-masak dengan anak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*