“Polis Wanita”- Kaum Wanita Lebih Ramai Jumlahnya Berbanding Kaum Lelaki Di Rusia.

Di kebanyakan negara di dunia, kaum lelaki masih mendominasi jumlah penduduk berbanding kaum wanita. Walau bagaimanapun, perkara yang sama tidak berlaku di Rusia yang mana jumlah wanita melebihi lelaki sebanyak 10 juta.

Berdasarkan kajian Perkhidmatan Perangkaan Persekutuan Rusia (Rosstat) pada tahun 2018, terdapat kira-kira 78.8 juta wanita di Rusia berbanding lelaki yang berjumlah 68.1 juta orang.

Pixabay/Gambar Hiasan

Perangkaan itu juga menjangkakan bahawa jumlah wanita Rusia akan melebihi jumlah lelaki menjelang tahun 2036 di semua wilayah kecuali di Chukotka, sebuah kawasan pedalaman yang terletak di bahagian timur jauh Rusia.

Walaupun jumlah tersebut mengejutkan, ketidakseimbangan jantina sebenarnya bukan isu baru di Rusia malah ia telah bermula berabad yang lalu sejak tahun 1897.

Bancian penduduk pada tahun 1897 mencatatkan 33.8 juta penduduk terdiri daripada wanita manakala lelaki berjumlah 32.1 juta di Rusia dan jurangnya semakin melebar sejak itu.

Walau bagaimanapun, tidak seperti negara Asia lain yang mana pilihan jantina telah menyebabkan ketidakseimbangan gender berlaku, ketidakseimbangan gender di Rusia disebabkan oleh peper4ngan dan jangk1tan w4bak peny4kit yang mengakibatkan kaum lelaki semakin berkurangan kerana kem4tian berbanding kaum wanita.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Russian Military Girls (@russian.military.girls) pada

Populasi wanita meningkat bermula Per4ng Dunia Kedua di mana ratio lelaki adalah 91.9 untuk setiap 100 wanita Rusia.

Jumlah lelaki semakin berkurangan selepas Rusia terlibat dalam beberapa mal4petaka besar seperti per4ng saudara, wab4k penyak1t dan per4ng dunia.

Per4ng Dunia Kedua sahaja telah mengakibatkan Rusia kehilangan 25 juta anggota tentera yang kebanyakannya adalah lelaki.

Peper4ngan telah mengakibatkan ratio lelaki berbanding wanita di Soviet Union pada ketika itu terus menjadi tidak seimbang dengan 81.9 lelaki berbanding 100 wanita.

Walaupun lebih ramai bayi lelaki dilahirkan berbanding bayi perempuan,namun bayi lelaki lebih terdedah kepada jangk4tan peny4kit dan dilahirkan dengan kompl1kasi kesihatan berb4haya menyebabkan mereka meningg4l dunia di awal usia.

Menurut penasihat komunikasi Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Eropah Timur dan Asia Tengah, Jens-Hagen Eschenbaecher, populasi wanita yang lebih besar biasanya dipengaruhi faktor kesubur4n, migrasi dan usia panjang.

Akan tetapi, bagi kebanyakan negara-negara bekas Soviet Union, faktor terbesar kekurangan kaum lelaki ialah mereka meningg4l dunia di usia muda, dalam purata 40 tahun dan ke bawah, penyal4hgunaan alk0hol, mer0kok, bunuuh diri, peny4kit j4ntung serta peny4kit kr0nik berkaitan dengannya, juga akib4t kem4langan yang berkaitan alk0hol.

Kini sektor awam di Rusia didominasi sebanyak 72% pekerja wanita, menunjukkan Rusia secara tidak langsung telah ditadbir oleh wanita.

 

Sumber: EBOnline

Be the first to comment on "“Polis Wanita”- Kaum Wanita Lebih Ramai Jumlahnya Berbanding Kaum Lelaki Di Rusia."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*