Sekolah Ini Bagi Hadiah Motosikal, Tv & Pakej Pelancongan Untuk Pelajar Tak Ponteng Sekolah.

Zaman persekolahan kita yang lalu, ramai diantara kita yang pastinya pernah menjadi murid n4kal di sekolah.

Pur4-pur4 s4kit perut, dem4m dan sebagainya itu adalah merupakan alasan yang biasa diberi kepada ibu bapa kita untuk tidak hadir ke sekolah.

Namun jika kita hidup di zaman persekolahan sekarang, kita pastinya akan fikir dua tiga kali untuk p0nteng dari sekolah.

Gambar: FB SMK Batu Laut
Gambar: SMK Batu Laut
Gambar: SMK Batu Laut

Ini kerana, ada satu sekolah di Selangor menawarkan hadiah yang agak lumayan kepada pelajarnya sekiranya rekod kehadiran ke sekolah mereka 100% penuh.

Program yang dinamakan Program P0nteng Sifar (PROPONSIF) Kehadiran 100% itu menawarkan hadiah berupa sebuah motorsikal, pakej pelancongan serta sebuah televisyen sebagai hadiah utama untuk dimenangi para pelajar.

Difahamkan, pemenang ditentukan melalui cabutan bertuah dalam kalangan yang mempunyai rekod 100% penuh kehadiran.

Manakala, Pelajar yang tidak berjaya memenangi hadiah utama pula akan dihadiahkan dengan set peralatan sekolah.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan itu pastinya akan membuat kita berfikir semula untuk tidak p0nteng sekolah bukan?

Inisiatif yang ditunjukkan oleh SMK Batu Laut ini rata-ratanya telah mendapat reaksi positif daripada netizen di media sosial.

Sumber: FB SMK Batu Lautvia siakapkeli

Be the first to comment on "Sekolah Ini Bagi Hadiah Motosikal, Tv & Pakej Pelancongan Untuk Pelajar Tak Ponteng Sekolah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*