“Ya Allah Please Protect Him” – Gadis Ini Diduga Duit Hilang, Tapi Allah Hadirkan ‘Uncle’ Berhati Mulia Untuk Bantunya.

Kita hidup di muka bumi Allah ini dengan berbeza-beza agama dan juga bangsa. Namun tidak menjadi kesal4han jika bangsa lain membantu kala memerlukan. Malah sebagai hambaNya, kita digalakkan tolong menolong antara satu sama lain.

Perkongsian gadis ini Siti Nur Hanini Kamaruddin, 19 tahun, di laman twitter bagaimana dia yang juga seorang siswi dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang diduga Allah menghadapi ujian yang bertimpa-timpa setelah baru dua minggu memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam Selangor.

Siapa sangka dia yang menggunakan akaun nama @niniekamarudinn yang keseorangan Jumaat lalu kerana rakan-rakan lain sibuk dan ada yang balik ke rumah masing-masing kerana cuti hujung minggu yang panjang.

Siti Nur Hanini, pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di UiTM.

Ditakdirkan dia yang berasal dari Hulu Perak ini telah kehilangan duit dan menyebabkan kekurangan wang untuk membayar tambang balik ke asrama setelah keluar membeli barang.

Namun Allah telah hadirkan insan baik untuk menolongnya walaupun Uncle yang membawa teksi berkenaan (balik ke asrama) berlainan bangsa dan agama.

Tak payah bayar, Uncle belanja.

Pergi keluar cari barang-barang sorang-sorang dan bawa wang secukupnya.

 

Berjimat duduk di UiTM & utamakan keperluan.

Diuji Allah duit balance yang sepatutnya ada, hilang tercicir. Puas cari tak jumpa.

Tak nak susahkan keluarga. Minta bantuan teman-teman tapi kebanyakan busy. Hanya seorang dua respon dan hulurkan bantuan.

Masuk kereta, Uncle berbangsa Cina ini tegur kenapa muka merah dan tahu dia tahu tengah sedih.

Tanpa segan menangis dan ceritakan apa yang terjadi. Uncle itu bersedia membantu.

Siap singgah pergi kedai makan & bungkuskan.

Boleh nampak effort Uncle berkenaan untuk bantu cuba tenangkan diri.

Ya Allah tolonglah lindungi dia. Terima kasih Allah.

Share bukan sebab ada masalah kewangan, tetapi ramai orang baik di luar sana.

Siti Nur Hanini bersyukur dipertemukan dengan Uncle ketika dalam kesusahan dan berharap akan dapat membalas jasanya satu hari nanti.

 

Sumber: Kaashorga

Be the first to comment on "“Ya Allah Please Protect Him” – Gadis Ini Diduga Duit Hilang, Tapi Allah Hadirkan ‘Uncle’ Berhati Mulia Untuk Bantunya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*