“Selipar Ni Kalis Api Neraka Ke?” – Lelaki Ini Diupah Rm20 Untuk Jaga Selipar, Tapi Terkejut Bila ‘Google’ Harga Sebenar

Korang pernah tak beli something yang harganya betul-betul mahal, dan korang rasa puas bila dah beli?

Terbaru, tul4r di laman Twitter mengenai seorang lelaki yang menerima upah sebanyak RM20.00 hanya untuk menjaga sepasang selipar sementara owner selipar tu pergi solat dekat dalam masjid. Aik! Biar betul??

Hah! Memang betul pun.

Menurut perkongsian pengguna Twitter yang dikenali sebagai @czero_, dia telah di minta oleh kawannya untuk menjaga seliparnya semasa dia pergi solat dalam masjid.

Dia turut di beri upah sebanyak RM20.00 kerana menjaga selipar tersebut.

Sumber: Google

Tanpa rasa cur1ga, lelaki ini pun menerima pelawaan kawannya itu kerana baginya hanya sekadar jaga selipar dan dapat upah sebanyak RM20.00. Not a big deal lah.

Tapi lelaki ini mula rasa cur1ga, sebab kawannya itu sanggup bayar sejumlah wang kepadanya hanya untuk menjaga selipar. Lalu dia pun google jenama selipar tersebut dan apa yang mengejutkannya, harga selipar kawannya itu mencecah ribuan ringgit!

RM1647.54 + tax

Sumber: Twitter

Lelaki ini dan kawannya itu singgah di masjid untuk menunaikan solat selepas pulang dari majlis perkahwinan rakan sekolah.

Sumber: Twitter

Namun seperti biasa, ada juga netizen yang mempertikaikan bahawa bila datang ke majlis perkahwinan, memakai selipar adalah tidak bersesuaian dan lebih elok jika berkasut.

Sumber: Twitter

Tidak cepat melatah, lelaki ni berjaya membuktikan bahawa kawannya itu sebenarnya memakai kasut semasa datang ke majlis perkahwinan tersebut dan mungkin bertukar kepada selipar semasa hendak solat di masjid.

Sumber: Twitter

Tapi sebenarnya tak salah pun dia nak beli selipar harga seribu sekali pun. Sebab itu memang milik dia. Netizen pun jangan la dengk1 sangat kalau dia pakai selipar semahal tu.

 

Sumber: LobakMerah

Be the first to comment on "“Selipar Ni Kalis Api Neraka Ke?” – Lelaki Ini Diupah Rm20 Untuk Jaga Selipar, Tapi Terkejut Bila ‘Google’ Harga Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*