Ada Jadi Pengetua, Ahli Politik & Ustazah, ‘Filter’ IG Ini Buat Ramai Berdekah. Kreatif!

Manakan tidak, filter yang ada dalam laman sosial itu bukan sahaja digunakan orang ramai bagi membuatkan diri mereka tampak lebih kacak dan cantik, tetapi ada juga yang menggunakannya untuk membuat video-video lawak.

Seperti yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter bernama Keem Mazni

Siapa sangka, video Keem menggayakan selendang merah dan membuat ucapan ala-ala pengetua sekolah telah mendapat perhatian ramai orang.

Lebih menarik kerana video yang dibuat sambil menggunakan salah satu filter di aplikasi Instagram itu kelihatan sangat realistik dilengkapi dengan kesan gema bunyi daripada microfon beserta dengan meja ucapan.

Hasil tinjauan di bahagian reply mendapati ramai yang terhibur dan menyukai video tersebut kerana Keem memang benar-benar kelihatan seperti seorang pengetua sekolah yang berpangkat datin.

Bahkan, siap ada yang tanya perihal tudung yang dipakai Keem.

Menerusi tinjauan di laman sosial Twitter juga, rupa-rupanya terdapat beberapa orang warganet yang telah memuat naik video mereka menggunakan filter yang sama.

Tidak dapat dinafikan hasil yang ada kebanyakkan sangat lawak!

Lihat sendiri video-video itu di bawah:

 

Sumber: SAY

Be the first to comment on "Ada Jadi Pengetua, Ahli Politik & Ustazah, ‘Filter’ IG Ini Buat Ramai Berdekah. Kreatif!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*