Adik Perempuan Menangis Gara2 Putus Cinta, Reaksi ‘Matang’ Abang Buat Geli Hati

Cinta monyet adalah normal di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar sebagai menandakan perkembangan kemahiran sosial mereka.

Namun tidak ramai ibu bapa yang memahami situasi ini dan mengambil serius apabila mendapat tahu anak mereka ber’couple’ dengan rakan sekelas.

Berbeza pula dengan seorang ayah ini yang sangat tenang dengan kenyataan bahawa anaknya mempunyai teman lelaki.

Dalam satu video yang tular, bapa itu dilihat sedang memujuk anak perempuannya yang sedang menangis.

Bapa itu kemudian memberi tahu abang kanak-kanak itu bahawa teman lelakinya Chris telah menghancurkan hati adiknya.

Dengan nada seperti orang dewasa, si abang memberi nasihat kepada adiknya bahawa ‘itulah yang berlaku dalam kehidupan’.

Video yang dikongsikan oleh kakak kedua adik-beradik itu telah meraih 10 juta tontonan, rata-rata netizen tersenyum dan geli hati melihat ragam mereka.

“Baligh pun belum tapi dah macam orang 40 tahun…”

 

Sumber: Twitter

Be the first to comment on "Adik Perempuan Menangis Gara2 Putus Cinta, Reaksi ‘Matang’ Abang Buat Geli Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*