Langgar PKP, lelaki lolos sekatan jalan raya ditangkap

TAWAU: Tindakan seorang lelaki yang meloloskan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya sia-sia apabila dia ditahan polis semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, suspek lelaki tempatan berumur 32 tahun yang memandu kereta jenis Proton Persona melalui SJR di Kilometer 50, Jalan Tawau-Kunak.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata ketika pemeriksaan dijalankan suspek memaklumkan sedang dalam perjalanan dari bandar Tawau dan mahu ke pekan Kunak.

Menurutnya, anggota keselamatan bagaimanapun mengarahkan suspek berpatah balik kerana tindakannya melanggar arahan PKP.

“Suspek enggan menuruti arahan polis, sebaliknya bertindak memecut kenderaannya menuju ke arah Kunak.

“Bagaimanapun suspek berjaya ditahan kira-kira setengah jam kemudian selepas mendapat bantuan dari balai polis Kunak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Peter berkata, lelaki itu ditahan dan disias4t mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan, Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Kejadian 2020, Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967, dan Seksyen 78 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber:BH

Be the first to comment on "Langgar PKP, lelaki lolos sekatan jalan raya ditangkap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*