COVID-19: Kumpulan pertama pesakit di Hospital Tuanku Bainun pulih

KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh sembuh dan dibenarkan pulang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam akaun Twitternya yang turut memuat naik gambar kesemua pesakit yang dibenarkan keluar semalam.

Kumpulan pertama pesakit COVID-19 daripada Hospital Bainun sudah pulih dan boleh balik. Alhamdulillah,” katanya menerusi ciapan itu.

Sementara itu menerusi ciapan lain, Dr Noor Hisham turut memuat naik gambar misi bantuan disumbangkan Tan Sri Lee Kim Yew kepada Hospital Sungai Buloh, Hospital Putrajaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC).

Katanya, sumbangan yang diberikan itu antaranya peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas di keempat-empat hospital berkenaan.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan atas inisiatif dan sumbangan yang dihulurkan bagi melindungi petugas barisan hadapan kami,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: BH

Be the first to comment on "COVID-19: Kumpulan pertama pesakit di Hospital Tuanku Bainun pulih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*