Begini Cara Atasi Perut Tidak Selesa Selepas Menikmati Durian.

Umumnya bila adanya musim durian, itulah saat-saat yang mengujakan dan dinanti-nantikan oleh peminat raja buah.

Bahkan sering juga kita dengar, peminat tegar buah durian ini berulang kali mengatakan “Siapa tak maka  durian memang rugi”. Ini bagi membuktikan betapa sedap dan enaknya buah durian tersebut.

Namun bagi yang tidak suka makan durian, nyata mereka ada alasannya yang tersendiri. Bukan sahaja kerana tidak boleh terima bau durian yang kuat, malah jika dicuba untuk makan durian, perut pula terasa s4kit, pening kepala dan mual.

Nak tahu sebab apa ini terjadi, ayuh kita baca perkongsian Dr. Hafiz Sulaiman ini.

PUNCA S4KIT LEPAS MAKAN DURIAN DAN SOLUSI

T4kut kolesterol dan Lemak dalam Durian?

Durian tiada kolesterol. Yillek. Zero kolesterol. Kolesterol wujud dalam haiwan, bukan tumbuhan.

Malah durian sangat rendah lemak tepu (0.85g) per 100g durian. Malah durian tinggi lemak mono taktepu yang bagus untuk kesihatan jantung dan salur d4rah.

Tapii..

Kenapa pening, tekanan d4rah naik lepas makan durian?

Sebenarnya, puncanya mungkin kerana durian tinggi as1d amino tyramine. Biasanya orang ada masalah sistem pencernaan @ “angin” akan akan mengalami masalah tak serasi tyramine ni:

– Pengecutan salur d4rah ( mampu cetus migrain)

– Pening melayang ( risiko cetus vertigo)

– Tekanan d4rah meningkat (hypertension)

– Jantung berdegup kencang (palpitation)

– Kemungkinan perut tak selesa (gastrik)

– Kembung ( angin SIBO)

– Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dll)

Selain tyramine, durian tinggi sulfur jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur. Risiko sama alergi lain, boleh jadi semput, bengkak mata dan pengsan. m4ti? boleh jadi.

Senang cerita, semua ini berlaku jika ada angin. Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat!

Jadi orang ada masalah angin jangan combo pulak makan durian dengan makanan streskan perut ini:

#Kafe1n dan teobromine: Kopi, teh, coklat, Cola (coke,pepsi)

# Alk0hol (Histamine, tyramine)

# Seafood bercengkerang (Histamine)

# Cili, peram (tempoyak lah)

Solusinya:

#1: Pulihkan Perut dengan rehatkan dulu makanan pencetus seperti makanan di atas.

#2: Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, antioksida dan antikeradangan.

#3: Kembalikan cara hidup fitrah untuk bantu pemulihan badan. Pilih makanan toyyib, tidur awal dan aktifkan diri di waktu siang.

Jangan fikir banyak sangat. Kalau takde masalah kesihatan..Makan sahaja durian dengan penuh kesyukuran kerana durian sememangnya adalah superfood.

Makan durian bawa manfaat jika sederhana.Jika tak cakna jadi mus1bat kita merana.

Selamat menjamu selera.

Sumber : Hafiz Sulaimanvia Keluarga

Be the first to comment on "Begini Cara Atasi Perut Tidak Selesa Selepas Menikmati Durian."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*