“Kononnya Saya Jadi Isteri Kedua & Sanggup Kahwin Lelaki Gemp4l Kerana Duit” – Ika Nabella

Pelakon Ika Nabella mengakui dia merupakan insan yang paling banyak memberikan sokongan kepada suaminya, Muhammad Zaid Aznam untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Ika atau nama sebenarnya, Ika Nabila Abdul Rahim, 31, berkata, gaya hidup sihat itu mula diamalkan semenjak mereka berusaha mahu mendapatkan zuriat dan ia kekal sehingga sekarang.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Raya tahun ni makan biskut tawaqqq jaaa Hew hew hew 🤪 Hampa makan apa wey?

Siaran dikongsi oleh meet – MAMIKA (@ikanabella) pada

“Dia mula mendapat seruan untuk mengamalkan gaya hidup sihat ketika kami sama-sama berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

“Saya cuba memberikan sokongan kepada suami untuk turunkan berat badan. Misalnya dia akan berlari sekitar 10 hingga 13 kilometer setiap hari dan kini dia juga aktif berbasikal.

“Alhamdulillah, rutin ini kekal sampai sekarang dan saya gembira menjadi penyokong nombor satu suami. Apa yang penting, bukan kurus sebab ptong usus tau,” selorohnya.

Mengimbas kembali penampilan fizikal suaminya itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini teringat kata-kata yang dilemparkan netizen kepada mereka.

“Kadang-kadang, saya teringat apa yang wargamaya katakan pada kami sebelum ini. Kononnya, saya menjadi isteri kedua dan sanggup mengahwini lelaki gempal semata-mata kerana duit.

“Jadi bila teringkatkan balik dan selak semula foto-foto lama, saya terfikir… Memanglah suami aku ni gemvk. Jujurnya pada waktu itu, saya tidak nampak suami saya seorang yang bertubuh besar.

“Sekarang bila beratnya turun daripada 100 kilogram kepada 70 kilogram, saya baru tahu yang dia sebenarnya sudah kurus. Berbeza sungguh penampilannya ketika kami bercinta sehinggalah sekarang.

“Bila teringat balik apa yang netizen kata mengenai fizikal dia, ada betulnya juga. Senang cakap, kerana cinta buatkan saya tidak nampak dia seorang yang berisi ketika itu. Cinta itu buta,” seloroh Ika.

Ika dan Zaid mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan menimang cahaya mata lelaki, Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Kononnya Saya Jadi Isteri Kedua & Sanggup Kahwin Lelaki Gemp4l Kerana Duit” – Ika Nabella"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*