Ali Puteh berkongsi berita gembira Apabila Isterinya Selamat Lahirkan Anak Lelaki, ini Kata Kata Ali Selepas Isterinya Selamat Bersalin

Pelakon dan pelawak, Ali Puteh berkonsgsi berita gembira dengan rakan-rakan dan peminatnya apabila isterinya selamat melahirkan bayi lelaki, awal pagi ini.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, menerusi satu hantaran di Instagram memanjatkan rasa syukur anaknya selamat dilahirkan di pagi Jumaat.

” Alhamdulillah salam subuh penghulu segala hari jumaat… isteri saya selamat melahirkan anak lelaki…alhamdulillah,” tulis Ali.

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Ali dan isterinya atas kelahiran bayi mereka.

Isteri Ali turut berkongsi berita

Sementara itu, isteri Ali, Melati Fitri Abdullah turut memuatnaik satu entri di Instagram bagi berkongsi berita gembira tersebut

” Salam jumaat… Alhamdulillah selamat semuanya… Terima kasih yg mendoakan… Terima kasih ALLAH kau permudahkan segala-galanya… Syukur ya Allah”, tulis Melati.

Berdasarkan perkongsian isteri Ali itu, bayinya lahir pada jam 4.42 pagi dengan berat 3.07kg.

Genap 10 bulan pemergian anak kedua Ali.

Sementara itu, kelahiran bayi lelaki Ali Puteh hari ini genap selepas 10 bulan pemergian anak kedua Ali yang meninggI dnia tahun lalu.

Anak kedua Ali Puteh, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, menghembvskan nfas ter4khir akibat k0mplikasi jntung, kira-kira jam 11.30 pagi, 25 November 2019.

Bayi perempuan yang dilahirkan pada 6 Ogos 2019 itu dikesan berdepan masalah inj4p jntung terbalik dan jntung berlvbang.

Ali Melati sebelum itu dikurniakan seorang lagi anak perempuan, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang berusia dua tahun.

Sekilas info tentang Ali

Berusian 31 tahun, Ali merupakan adik kepada allahyarham pelawak popular yang bernama Abam Bocey.

Ali Puteh pernah menyertai program raja lawak musim ke- 6 bersama abangnya Abam. Ketika itu mereka dikenali sebagai Albob.

Kemudian, pada tahun 2013 Ali mencuba nasib menyertai program bintang mencari bintang.

Pada tahun itu, beliau bersama Mohd Daniel Lee dan mereka dikenali sebagai Bowl. Mereka merupakan Protege kepada Dato Afdlin Shauki ketika itu.

Pada tahun 2015, Ali menyertai Projek komedi Warna. Beliau merupakan anggota kumpulan puteh bersama dengan Mamak yang menjadi naib juara Projek Komedi Warna 2015.

Ketika itu,nama mereka baru mula disebut-sebut dalam industri lawak tanah air. Gandingan mereka berdua disukai dan menjadi.

Pada tahun 2016, mereka menyertai Maharaja Lawak Mega 2016 dan berjaya mara ke final lalu mendapat tempat ketiga.

Selama 4 tahun mereka mencuba nasib untuk menyertai Maharaja Lawak Mega dan menggapai title juara.

Dan pada tahun 2019 iatu tahun ke empat menyertai program tersebut, mereka menambah seorang ahli anggota baru iaitu Man raja lawak yang merupakan juara Raja lawak musim ke 5.

Berkat usaha mereka mencuba akhirnya mereka dinobatkan sebagai juara untuk kali yang pertama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://transformasi.pw/

Be the first to comment on "Ali Puteh berkongsi berita gembira Apabila Isterinya Selamat Lahirkan Anak Lelaki, ini Kata Kata Ali Selepas Isterinya Selamat Bersalin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*