“Kep0ci betul kita dok kira…” – Memey Suhaiza Dapat Hadiah Jambangan Duit Sempena Anniversary!

Pasangan pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan semalam.

Sempena hari yang cukup bermakna itu, pasangan tersebut meraikannya di sebuah restoran yang terletak di Menara Kuala Lumpur.

Begitupun, apa yang mencvri tumpuan adalah hadiah yang diterima Memey daripada suaminya.

Sudah menjadi kelaziiman, antara hadiah yang sering diberikan kepada pasangan adalah jambangan bunga.

Namun, berbeza sedikit kali ini apabila Norman memberikan isterinya jambangan duit buat isteri tercinta.

Menurut Norman, dia sengaja memberikan hadiah berupa duit untuk memudahkan isterinya membuat pilihan sendiri barang yang ingin dibeli kemudian nanti.

“Alhamdulillah ada orang tu gembira sangat dapat bunga ‘money’ bouquet macam tu.

“Senang kita orang lelaki tak perlu pening fikir nak beli hadiah apa. Kita beri macam ni pandai-pandai nanti isteri nak beli hadiah apa yang betul-betul dia nak,” kata Norman.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Us celebrating our 9th Anniversary🌹Makan2 borak2 sampai tak tau pukul berapa,sedar2 tengok keliling orang dah takde & @atmosphere360official dah kemas2 nak tutup😅 . . Alhamdulillah ada orang tu happy sangat dapat flower a.k.a ‘money’ bouquet mcm tu.Senang kita orang lelaki takyah pening fikir nak beli hadiah apa,kita kasi mcm ni pandai2 nanti isteri nak beli hadiah apa yang betul2 dia nak😬 . . Apapun terima kasih untuk semua ucapan & doa🙏🏻Segala yang baik2 datang dariNya☝🏻Semoga segala kebaikan melalui doa2 itu kembali semula kepada yang mendoakan..Aamiin Ya Rabb🤲🏻❤️

Siaran dikongsi oleh Khalifah Allah (@normanhakim_786) pada

Sementara itu, Memey menerusi entri di Instagram mengakui cukup gembira dengan pemberian yang cukup bermakna daripada Norman itu.

“Selalu dapat bunga pun gembira dah, tak sangka rasa jambangan bunga macam ni. Lain lagi perasaannya. Nak selalu..boleh mummy berbelanja”, katanya.

Di ruangan komen, rata-rata cuba meneb4k jumlah wang tunai yang diterimanya dalam bentuk jambangan tersebut.

Ada yang meneka jumlah wang kertas bernilai RM50 itu berjumlah RM2,000 keseluruhannya.

“RM2,000, cerah mara tengok jambangan bunga macam ni.

“Kepoci betul kita dok kira berapa duit Memey dapat,” komen sebahagian pengikutnya.

“Sape yg gigih kira share la jumlahnya memandangkan x dpt nk share duitnya😬”

“Aku sorang jeke yg gigih kira tapi asyik error je 🤧🤧”

 

Memey dan Norman mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Sumber: GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Kep0ci betul kita dok kira…” – Memey Suhaiza Dapat Hadiah Jambangan Duit Sempena Anniversary!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*