Tidak Sah Solat Jika Baca Surah Al-Fatihah Sekadar Dalam Hati

MEMBACA Surah Al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun-rukun solat.

Ya, kebanyakan kita memang akan membaca ummul kitab itu tatkala menunaikan solat, namun dari segi lafaz berkenaan kadangkala kurang jelas didengari di telinga sendiri.

Bahkan, ada segelintir orang pula membaca surah berkenaan hanya dalam hati.

Bagaimanakah cara yang betul melafazkan Surah al-Fatihah berkenaan? Adakah cukup sekadar berbisik dan bacaan itu hanya didengari di telinga sendiri?

Sebelum menjawab kemusykilan itu, ayuh kita fahami dahulu bahawa bacaan Surah al-Fatihah tersebut termasuk dalam rukun qauli.

Rukun qauli adalah bacaan-bacaan yang wajib dalam solat.

Ia merangkumi takbiratul ihram, Surah al-Fatihah, tasyahud akhir dan salam.

Ketika menunaikan Rukun Islam ke-2 itu, setiap umat Islam disyaratkan melafazkan setiap rukun qauli tersebut dengan suara yang dapat didengari oleh diri sendiri jika keadaan pendengaran kita baik dan tiada halangan untuk mendengarnya seperti bunyi bising.

Bagaimanapun, jika keadaan adalah sebaliknya yang mana pendengaran kita kurang baik seperti mengalami masalah tuli atau ada halangan lain sebagai contoh bunyi bising, maka tidak diwajibkan untuk kita mendengar bacaan berkenaan.

Pun begitu, kita tetap wajib melafazkannya dengan suara yang boleh didengari ketika pendengaran kita dalam keadaan baik atau keadaan tidak bising.

Perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia antara penentu kesahan solat seseorang itu.

Tidak sah bacaan setiap rukun qauli apabila ia tidak dilafazkan dengan suara yang dapat didengari oleh dirinya sendiri.

Ia termasuklah jika rukun-rukun qauli yang disebutkan di atas hanya sekadar dibaca di dalam hati.

Tindakan itu sebenarnya menyebabkan solat yang dikerjakan tidak sah.

Ambil beratlah tentang perihal solat kita agar ia diterima oleh ALLAH SWT.

Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki solat masing-masing.

Semoga ALLAH menerima segala amal ibadah yang kita lakukan.

(Sumber: Portal rasmi kemusykilan agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NewsKini Ya.

PERHATIAN: Pihak NewsKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Tidak Sah Solat Jika Baca Surah Al-Fatihah Sekadar Dalam Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*