“KVBUR PALING CANTIK PERNAH DILIHAT…” – SUAMI ARWAH USTAZAH SHADIYA KONGSI PERBUALAN BERSAMA PENGGALI K̷UB̷VR & PETUG̷AS PENGUR̷US̷AN JENAZ̷AH

Suami kepada pendakwah terkenal Allahyarham Ustazah Shadiya Abbas, Mohd Khairul menjelaskan isterinya disahkan negatif Covid-19 dan telah selamat dikebumikan pada pukul 4.00 petang (Isnin) di Tanah Perkuburan Puncak Alam.

Menurut Khairul, segala urusan menguruskan jenazah telah diuruskan oleh ahli keluarga terdekat termasuklah ibu arwah, adik beradik perempuan dan anak-anak lelaki.

“Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00 petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..

“Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang.

“Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abang, sayang mandikan abang.

“Sayang.. Abang imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abang. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah,” tulisnya di laman Facebook.

Dalam pada itu, Khairul mendedahkan perbualan bersama penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah yang menyatakan kubur arwah isterinya adalah paling cantik pernah dilihat selain berasa sejuk ketika berada di dalamnya.

“Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abang menyebut, cantik sungguh liang lahad ini.

“Abang bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut but pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya dari mar mar..

“Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.

“Sayang..damailah engkau di sana, abang reda dengan pemergiaanmu. Sayang telah melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insya-Allah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.

“Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, beri sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya,” tulisnya lagi.

Ustazah Shadiya Abbas meninggal dunia secara mengejut akibat sesak nafas pada jam 5.05 pagi, di Hospital Sungai Buloh pada hari Ahad.

Allahyarham pernah menjadi tetamu jemputan di radio Zayan berkongsi pengalamannya ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya yang teruk dan kisah ketika dirawat di Wad Kecemasan.

Sumber: FB MK Azman via rimbabara

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "“KVBUR PALING CANTIK PERNAH DILIHAT…” – SUAMI ARWAH USTAZAH SHADIYA KONGSI PERBUALAN BERSAMA PENGGALI K̷UB̷VR & PETUG̷AS PENGUR̷US̷AN JENAZ̷AH"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*