“انّا للہ و انّا الیہ راجعون” – Senyuman Terakhirnya Penuh Keimanan. Beliau Menin,gg4l pada Malam Jumaat di Tempat yang Paling Mulia (Masjidil Har4m)

Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Senyuman terakhir penuh keimanan, begitu bertuah saudara saya (Zainal) yang telah di solat jena zahnya di Masjidil haram dan dikebumikan pada Hari Khamis malam Jumaat. Beliau adalah manusia mulia yang terpilih untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir di Tanah Suci Makkah al Mukaramah.

Beliau sempat berkunjung ke pondok saya beberapa jam sebelum dijemput oleh Illahi. Pertemuan dan kunjungannya amat mesra dan gembira.

Kali pertama dan terakhir juga beliau telah mencium kedua pipi dan dahi saya sambil memegang erat tangan saya sambil merenung wajah saya dan meminta saya untuk ” tolong tengokkan keluarganya jika apa apa berlaku kepadanya”. Saya agak terperanjat dengan perlakuannya itu dan cuma mampu menjawab, “In sha Allah”.

Rupa-rupanya itu adalh pertemuan terakhir kami. Kami begitu teruja untuk bertemu apabila mengetahui beliau dan keluarganya sedang menunaikan ibadah umrah pada waktu yang sama, saya telah nenjemputnya untuk ke pondok saya untuk bertemu setelah lebih 20 tahun tidak bertemu dengannya.

Sewaktu berbual santai beliau menyatakan bahawa beliau amat berharap dapat menghembuskan nafas terakhirnya di bertuah ini. Al fatihah untuk Allahyarham Abg Zainal dan Takziah untuk keluarganya. SENYUMAN TERAKHIR ini menggambarkan sesuatu yang indah sedang menantinya di alam sesudah ma ti…

sumber: Kamal Hisham Jaafar JFK via lakarmedia

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "“انّا للہ و انّا الیہ راجعون” – Senyuman Terakhirnya Penuh Keimanan. Beliau Menin,gg4l pada Malam Jumaat di Tempat yang Paling Mulia (Masjidil Har4m)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*