Masih Ing4tkah Kita Kis4h Se0rang Berb4ngsa Cina Tulen Meng4nut Islam Setelah Meny4ksikan Peristiw4 Besar Sem4sa Tsun4mi.Subhanallah.

Seorang Berbangsa Cina Tulen Menganut Islam Setelah Menyaksikan Peristiwa Besar Semasa Tsunami

Dia menganut Islam pada tahun 2005 selepas peristiwa dahsyat Tsunami yang melanda di bandar kelahirannya Aceh, Indonesia. Saya adalah seorang berbangsa Cina tulin. Keluarga saya telah tinggal di Aceh selama tiga generasi. Kami adalah pedagang.

Datuk nenek saya datang ke negara yang mengamalkan Islam ini untuk berniaga. Mereka tinggal di sini kerana mereka dapati persekitarannya sesuai. Pentadbirnya adil, rakyatnya mudah berkawan dan tidak mengg4ngu kehidupan keluarga kami.

Keluarga saya masih mengamalkan budaya asal Cina yang meny3mbah nenek moyang. Saya juga membuat perkara yang sama. Sebelum saya membuka kedai, saya biasanya membuat peny3mbahan di kotak ibadat untuk nenek moyang. Dalam sehari saya berulang kali membakar colok untuk mereka.

Kedai saya sangat hampir dengan Masjid Agung, Aceh. Saya boleh mendengar laungan memanggil sembahyang setiap hari tapi tidak pernah timbul dalam ingatan saya untuk memeluk Islam. Tidak pernah, sehinggalah pada pagi hari yang t3ruk itu.

Saya baru sahaja mula membuka kedai saya pada tanggal 26 Disember 2004. Ia ada sebagaimana pagi yang biasa pada saya. Cuaca yang baik dan tiada yang luar biasa. Sekurang-kurangnya ia kelihatan begitu.bTapi ada sesuatu yang ganjil. Burung-burung tidak berkicau dan tidak ada kucing yang biasanya menanti di hadapan pintu kedai saya untuk mendapat sisa makanan semalam. Namun saya tidak memberi perhatian sangat kepada keganjilan ini.

Bagaimana pun tiba-tiba terasa g3garan yang kuat dan bunyi yang nyaring. Saya berlari keluar kedai. “Ini sudah pasti g3mpa bumi”.. saya bercakap sendirian. Orang lain juga keluar dari kedai mereke tapi selepas beberapa minit kami semua masuk semula ke dalam kedai masing-masing.

Namun begitu tidak lama kemudian ramai orang berlari-lari sambil menjerit-jerit, “Air, air laut telah datanggg.. air!” Saya kebingungan. Walau pun saya faham perkataan mereka, saya tidak dapat menangkap maksudnya. Saya meluru keluar kedai. Keadaan orang ramai seperti kena hist3ria berlari menuju ke Masjid Agung. Mereka menj3rit dan melolong.

Kemudian saya melihat air mula mengalir ke kawasan itu. Saya berlari untuk memb4kar colok untuk mendapat pertolongan dari nenek moyang saya. Banyak air telah melimpahi jalan raya dan menerjah ke arah masjid. Saya menjadi c3mas dan t4kut. Saya berlari ke tingkat atas kedai. Saya melihat limpahan tsunami dari anjung kecil kedai saya. Air telah melimpah dengan banyak. Ianya sangat sukar untuk dipercayai.

Kemudian saya melihat sesuatu yang sangat an3h. Kelihatan beberapa orang yang perawakan tinggi berpakaian serba putih. Mereka membuat pergerakan seperti seorang polis mengawal lalu lintas. Mereka berdiri di beberapa tempat di hadapan Masjid Agung. Air mengalir laju tetapi mengikut arah tunjuk mereka. Aliran air menjadi berpecah beberapa meter di hadapan Masjid Agung ke arah kiri dan kanan masjid.

Bagaimana pun air telah melimpah dengan banyak. Tekanan yang hebat dari arah laut menolak air memasuki bandar dan menuju ke arah masjid. Orang-orang yang berpakaian serba putih itu tidak berganjak sebagaimana orang ramai yang lari untuk menyelamatkan diri. Beratus-ratus orang meluru ke arah masjid untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Beberapa orang telah j4tuh dan air yang deras itu mengh4nyutkan mereka. Saya melihat ini dari anjung atas kedai saya. Air menderas dengan banyak tetapi tidak nemasukki dalam masjid. Orang yang telah berada dalam masjid telah terselamat.

Kemudian tiba-tiba sahaja lebih ramai orang berpakian putih wujud dan mereka telah mengangkat masjid. Ya! Mereka mengangkat masjid, keseluruhan masjid terangkat beberapa kaki dari tanah. Air mengalir laju di bawahnya. Saya sangat terperanjat dan kaku. Apakah itu?

Jika sesaorang telah memberitahu saya seperti apa yang saya telah lihat, saya tidak akan mempercayainya. Tidak mungkin! Tapi, saya melihatnya dengan mata saya sendiri. Saya melihat dalam keadaan sangat sedar. “Tuhan telah melindungi masjid”, saya berkali-kali berkata kepada diri saya sendiri.

Beberapa minggu selepas b3ncana d4hsyat Tsunami, saya menguatkan diri saya untuk bercerita kepada jiran kedai saya yang beragama Islam. Dia menasihati saya untuk berjumpa dengan imam Masjid Agung. Saya dengan perasan ragu-ragu berjalan ke arah masjid.

Itu adalah kali pertama dalam hidup saya memasukki laman masjid walau pun saya telah tinggal berhampirannya sepanjang hayat saya. Dari jauh Imam masjid telah mengenali saya dan telah keluar menyambut saya. “Selamat pagi, apa yang boleh saya tolong, pakcik”, dia menegur saya dengan santun

“Saya perlu berbicara dengan awak”, saya balas.

Kami duduk dan saya memberi tahu dia keseluruhan cerita. Dia duduk diam seketika, air mata mengalir perlahan dari matanya. Selepas saya selesai, kami berpelukan. Pelukan yang biasa ketika sesaorang mengalami peristiwa sedih bersama-sama.

Imam itu berkata,

“Pakcik, apa yang pakcik lihat adalah malaikat-malaikat Tuhan yang melaksanakan arahanNya. Tuhan mahukan masjid Dia tidak musnah akibat kejadian Tsunami.

Pakcik, mungkin Tuhan mahu tunjukkan sesuatu kepada pakcik untuk membawa pakcik hampir kepada Dia. Sebab Dia menyayangi pakcik. Sebab Dia melihat pakcik seorang yang baik hati. Dia ingin memberi kebahagian di dunia ini dan syurga di akhirat kelak. Tidakkah pakcik ingin memeluk agama Islam?”

Saya terperanjat dengan pertanyaan imam itu. Ia mengelirukan saya. Bagaimana saya seorang Cina memeluk Islam. Sebagai orang Cina kami mempunyai tradisi sendiri, ritual dan kepercayaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada imam dan beredar meninggalkan masjid.

Kemudian saya pulang semula ke kedai saya. Saya tidak membuka pintu kedai pada hari itu dan duduk diam-diam di suatu sudut. Saya berkali-kali terbayang di depan mata peristiwa pada hari tersebut semasa tsunami melanda.

Orang-orang yang berpakaian putih. Mengarah tuju air yang deras. Mengangkat masjid. Malaikat Tuhan nenjalankan kerjanya. Dan saya telah diberi izin untuk menyaksikannya. Saya tidak membuka kedai selama dua hari. Saya hanya duduk di situ dan memikirkan kejadian tersebut.

Pada hari ketiga sesaorang telah mengetuk pintu kedai. Dia ialah imam masjid yang mahu menziarahi saya. Dia bimb4ng sebab dia lihat kedai saya tutup sudah tiga hari dan tidak pernah terjadi sebelum ini.

“Saya telah memikirkannya imam,” saya bagi tahu imam. “Saya fikir kata-kata awak benar. Tuhan telah bagi saya alamat. Alamat yang cukup besar. Sekarang saya tidak seharusnya menjadi seorang yang b0doh dan melupakan saja alamat itu. Boleh tak imam bagi tahu saya bagaimana saya boleh menjadi seorang Islam.”

“Pakcik, mudah saja”, kata Imam. “Pakcik hanya perlu mengungkapkan perkataan-perkataan ini”. Dan dia tujukkan saya sehelai kertas. Saya menyebut perkataan-perkataan tersebut dan seolah-olah cahaya yang terang memenuhi ruang kedai saya.

Sejak hari itu, imam selalu datang setiap hari mengajar saya tentang Islam. Dia tunjukkan saya bagaimana sembahyang dan bagaimana membaca alQuran. Sejak saya sudah pandai sembahyang saya selalu berjemaah di Masjid Agung. Ini adalah salah satu yang sungguh cantik dalam hidup saya.

Alhamdulilah.

Sumber: claudiaazizh via kongsisibomonicko.com via news.kini

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Masih Ing4tkah Kita Kis4h Se0rang Berb4ngsa Cina Tulen Meng4nut Islam Setelah Meny4ksikan Peristiw4 Besar Sem4sa Tsun4mi.Subhanallah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*