Ibu ma,ut, tiga anak ceder4 dalam kemalang4n

Ipoh: Seorang wanita maut, manakala tiga anaknya cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 209 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Taiping dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kejadian menyebabkan pemandunya, Norfatiha Mohd Zaini, 28, yang juga anggota tentera di Kor Perkhidmatan Diraja, di sini meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua anak Norfatiha iaitu Nur Jannatul Husna Mohd Zulhakimi, 6, dan Muhammad Iman Rizky, 3, cedera manakala Nur Jannatul Sumayyah, 1, parah dan dirawat di Hospital Taiping,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kenderaan dari arah Sungai Petani ke Ipoh itu dipercayai terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dan kemalangan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sepasukan pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.19 malam.

“Setibanya di lokasi, terdapat sebuah Proton Saga FLX terbabas di pembahagi jalan.

“Kemalangan mengakibatkan seorang wanita maut di tempat kejadian manakala tiga kanak-kanak cedera,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya mengeluarkan wanita dari bahagian tempat pemandu dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala kesemua kanak-kanak dikeluarkan dari kenderaan itu oleh orang awam.

sumber: wowberita

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Ibu ma,ut, tiga anak ceder4 dalam kemalang4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*