“Awalnya Memang Berat & Susah..” – Isteri Haqiem Rusli Kongsi Pengalaman 8 Bulan Berhijab, Akui Belum Sempurna

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea berkongsi pengalamannya mula mengenakan hijab sejak lapan bulan yang lalu.
Menurut Sofea atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 20, pada awalnya dia merasa berat untuk kekal istiqamah menutup aurat kerana perasaan serba tak kena.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝕄𝔸ℕ𝔸𝔾𝔼ℝ- 𝟎𝟏𝟑𝟔𝟑𝟖𝟐𝟐𝟏𝟓 (@haqiemrusli98_)

“Nak cerita sikit boleh, tentang perubahan Fea untuk berhijrah memakai hijab, at first memang berat dan susah sangat sangat Fea untuk istiqomah tutup avrat.
“Alhamdulillah Allah permudahkan dah masuk 8 bulan Fea memakai hijab, mula-mula tu memang rasa serba tak kena,” tulis Sofea.
Sofea berkongsi luahan tersebut di laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.
Jelas anak kelahiran Kelantan ini lagi, dia pernah terfikir untuk membuka tudungnya namun lama-kelamaan dalam keterpaksaan itu bertukar menjadi cinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝒂𝒏𝒊𝒔 𝒔𝒐𝒇𝒆𝒂 (@anissofeaaz)

Malah, dia mengaku masih belum sempurna dalam menutup aurat dan memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

 

“Fea nak bagitahu alhamdulillah now Fea rasa tenang dan cantik je pakai tudung (haha perasan) macam mana nak cakap eh kengkadang lebih suka tengok diri sendiri pakai tudung.
“Dan suka tengok perempuan kat luar sana yang pakai tudung nampak manis je,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 25, berkahwin dengan Sofea dalam sebuah majlis di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November tahun lalu.
#Haqiem Rusli#Anis Sofea#Isteri Haqiem Rusli

“Ada Waktu Kami Akan Ke Dapur Masak Bersama-Sama” – Haqiem Rusli
Izwan Isa
Mei 7, 2022 10:50 MYT
“Ada Waktu Kami Akan Ke Dapur Masak Bersama-Sama” – Haqiem Rusli
Penyanyi Haqiem Rusli mendedahkan yang isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri masih lagi belum berbadan dua.

Menurut penyanyi lagu Mimpi itu, dia dan isteri tidak merancang untuk memiliki cahaya mata, tetapi menerima jika diberikan rezeki dalam masa terdekat.
“Berkenaan dengan cahaya mata ni, masih belum ada rezeki. Kami masih merancang. Cuma kami tidaklah menolak rezeki. Tetapi saya dan isteri cuba untuk menikmati waktu yang ada untuk menambah keserasian.
“Contohnya, kalau ada waktu, kami akan ke dapur dan masak bersama. Perkara begini yang dapat mengeratkan hubvngan.
“Sungguhpun usia saya baru 24 tahun manakala isteri pula 20, tetapi kami bersedia untuk lalui fasa bersama anak. Cuma tidak mahu tergesa-gesa. Biar relaks setahun lagi. Mungkin tahun depan sudah boleh berusaha ke arah itu,” katanya.
Haqiem juga memberitahu, dia sedang dalam proses untuk membiasakan diri menelusuri kehidupan sebagai seorang suami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝒂𝒏𝒊𝒔 𝒔𝒐𝒇𝒆𝒂 (@anissofeaaz)

“Bila sudah berkahwin, kena pandai bahagi masa dengan isteri, keluarga dan juga kawan-kawan rapat.
“Isteri pula faham dan dia juga mempunyai masa yang diluangkan bersama kawan-kawannya,” ujar Haqiem lagi.
Dalam perkembangan lain, Haqiem dan Anis bakal terbang ke Turki selama dua minggu untuk berbulan madu.
“Sepatutnya bulan Mac hari tu kami sudah ke sana, tapi isteri pula dijangkiti COVID-19. Jadi ia ditunda. Selepas kahwin, kami hanya sempat ke Port Dickson saja,” tutupnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Awalnya Memang Berat & Susah..” – Isteri Haqiem Rusli Kongsi Pengalaman 8 Bulan Berhijab, Akui Belum Sempurna"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*