Alami S4kit Kepala Yang Teruk Selepas Czer, Syatilla Melvin Dimasukkan Ke Hospital – “Serik Ya Allah..”

Selepas empat hari melahirkan anak ketiga menerusi kaedah pembedahan ‘czer’, Syatilla Melvin dimasukkan ke hospital selepas mengalami spinal headache attack.
Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atau lebih mesra disapa sebagai Tilla, 31, berkongsi keadaan terkininya yang berada di dalam wad hospital.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Menurut Tilla, dia tidak dapat menguruskan bayinya seperti menyusu apabila diserang sakit kepala yang teruk akibat prosedur perubatan sewaktu pembedahan.
“Hari keempat czer, tumpas lagi. Ke pangkuan hospital balik.
“Kena spinal headache attack yang sangat teruk. Tak boleh bangun, tak boleh susu baby even tak pegang baby sangat pun.
“Serik Ya Allah, doakan Tilla,” tulis isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu di ruangan kapsyen.
Pada masa yang sama, pemilih nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini memohon doa orang ramai agar dia diberikan kesembuhan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya menitipkan doa dan ucapan cepat sembuh buat Tilla.
Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah berdepan masalah yang sama selepas proses bersalin.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Pagi Isnin lalu, Gempak melaporkan Syatilla selamat m3lahirkan bayi ketiga mereka secara pemb3dahan di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Pada Rabu, Tilla dan Sam mengumumkan nama dan wajah anak ketiga mereka untuk tatapan umum.
Untuk rekod, Sam dan Syatilla berk4hwin pada 8 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung lelaki, Syeriv Samheizy, 5, dan anak kedua Sarima Samheizy, 3 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: Gempak

Be the first to comment on "Alami S4kit Kepala Yang Teruk Selepas Czer, Syatilla Melvin Dimasukkan Ke Hospital – “Serik Ya Allah..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*