“Semoga Adik Bella…” – Isteri TMJ Santuni Bella Di Legoland

Isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa termasuk adik Bella di Legoland, Johor Bahru semalam.
Beliau yang lantang memperjuangkan nasib remaja berusia 13 tahun itu berharap majlis berkenaan dapat membawa keceriaan dan mengukir senyuman di wajah mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by YAM Che’ Puan Besar Khaleeda (@ymchepuankhaleeda)

“Adalah satu penghormatan besar untuk saya bertemu adik Bella serta rakan-rakannya.
“Semoga adik Bella, rakan-rakan dan sekalian kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT,” katanya dalam perkongsian di laman Instagramnya @ymchepuankhaleeda
Beliau dalam masa sama turut menegaskan bahawa adalah penting untuk golongan seperti ini diberi perlindungan sewajarnya supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.
Che’ Puan Khaleeda adalah merupakan antara individu yang lantang memperjuangkan k3s penderaan kanak-kanak, khasnya nasib mal4ng yang menimpa kanak-kanak istimewa, Bella yang dipercayai did3ra ketika berada di bawah pusat penjagaan Rumah Bonda yang diselia oleh Siti Bainun Ahd Razali.
Remaja sindr0m down itu sebelum ini mengalami kecederaan seperti melecur di tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama di tubuhnya.
Keadaannya itu mengundang kemarahan dan kekecewaan rakyat Malaysia terutama kepada pengasas pusat penjagaan itu, Siti Bainun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber ; Gempak

Be the first to comment on "“Semoga Adik Bella…” – Isteri TMJ Santuni Bella Di Legoland"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*