Penyanyi Dr Wan Zawawi men1nggal dunia akibat s3rangan jantung

PENYANYI dan penulis lirik Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim meningg4l dunia sekitar pukul 6.47 pagi Rabu akibat serangan jantung.

Allahyarham yang berusia 75 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petaling Jaya ketika sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat Subuh.

Berita duka itu dikongsi sendiri oleh isteri beliau, Noorshah Mohd Salleh yang memaklumkan pem3rgian 4rwah adalah secara mengejut.

“Baru semalam kami menonton televisyen bersama dan kami berbincang untuk membawa arwah menjalani rawatan susulan jantung. Namun, saya reda dan percaya bahawa ajal arwah sudah sampai,” ujarnya seperti yang dipetik dari Awani.

Sementara itu, berita sedih tersebut turut dikongsi oleh anak Allahy4rham, Rendra Wan Zawawi menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.

“Salam… ayah saya Wan Zawawi Ibrahim baru sahaja men1nggal dunia pagi ini di rumah kami di Petaling Jaya. Saya akan pulang dalam masa terdekat namun tidak akan sempat untuk menghadiri solat jenazah dan pengebumian,” ujarnya.

Jenaz4h Allahyarham akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk dimandi dan dikafankan.

Pengebumian dijangka dilakukan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Untuk rekod, Wan Zawawi yang juga merupakan seorang ahli akademik pernah aktif sebagai penyanyi dikenali menerusi lagu-lagu berkaitan isu sosial dan alam sekitar seperti Anak Kita dan Kehidupan Ini Kita Yang Punya.

Beliau juga turut menulis lagu dan bekerjasama dengan beberapa penyanyi terkenal seperti M Nasir dan Ramli Sarip.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Penyanyi Dr Wan Zawawi men1nggal dunia akibat s3rangan jantung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*